Pengurusan stadium Selangor tidak belajar daripada pengalaman lepas dalam menyediakan tempat duduk penyokong apabila membiarkan kawasan penyokong Kelantan padat dengan penyokong dan duduk dikerusi basah sedangkan kawasan penyokong Selangor lengang daripada penyokongnya. Keadaan ini telah mencetuskan sedikit ketegangan di kalangan penyokong Kelantan yang menyeru lebih banyak ruang tempat duduk dibuka untuk penyokong Kelantan dan ianya berjaya diredakan dengan kehadiran polis FRU.
Perkara ini sepatutnya tidak berlaku sekiranya pengurusan stadium Selangor boleh membahagikan kawasan penyokong bertentangan iaitu kawasan bersebelahan astaka diberikan sepenuhnya kepada salah satu pasukan melalui pintu masuk A dan melalui pintu masuk B iaitu satu kawasan pintu masuk sebelah TESCO diberikan sepenuhnya kepada salah satu pasukan. Sikap mengambil remeh perkara ini telah menyebabkan imej penyokong Kelantan sedikit tercemar dengan liputan media yang memandang serong tindakan yang dilakukan oleh penyokong Kelantan bukannya pada kelemahan pembahagian kawasan tempat duduk penyokong yang membiarkan penyokong Kelantan duduk di kawasan basah manakala penyokong Selangor selesa dengan ruang kosong yang kering dan banyak dikawasan berbumbung.
Tindakan ambil mudah pengurusan stadium membawa padah kepada penyokong Selangor sendiri apabila 2 insiden mendapat perhatian polis kerana ada penyokongnya memulakan provokasi dengan menendang penyokong Kelantan yang masuk daripada pintu masuk bersebelahan penyokongya dan ada penyokongnya cuba memprovokasi dengan berlari ke kawasan Kelantan sambil mengejek penyokong Kelantan beberapa kali sehingga berjaya ditangkap polis.
Sikap pengulas sukan siaran tv berbayar yang sering memberi ulasan memandang lekeh pemain dan penyokong Kelantan dalam setiap ulasan langsungnya juga menimbulkan kemarahan dikalangan penonton Kelantan yang rata-rata tidak berpuashati dengan sikap pengulas ini. Sampai bila pengulas untuk terus bersikap demikian? berapa banyak info atau iklan nasihat dikeluarkan oleh pihak media bagi membantu menangani masalah penyokong liar ini? Sikap pengadil yang dilihat berat sebelah juga banyak menimbulkan ketidakpuasan hati dikalangan penyokong Kelantan.
GAMBAR INSIDEN YANG TIDAK BIASA DILIHAT KERANA SIKAP BERAT SEBELAH MEDIA
Provokasi melampau- Gambar Abe yel
Sokong Bia Bijok , Napok Bijok , Betindok Bijok , Main Bijok , Bijok Sokmo...... Gomo Kelate Gomo
l rights reserved.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan