KYD

KYD
KYD

WELCOME

Green Hornet

Isnin, 12 Julai 2010

The Red Warriors yakin pintas Selangor


KEPUTUSAN seri yang dicatatkan di Stadium Shah Alam ketika turun menentang Selangor kelmarin tidak mematahkan usaha anak-anak buah B.Sathianathan untuk terus mencabar takhta liga.

Berbaki empat lagi perlawanan, Kelantan terus optimis untuk memintas Selangor terutama ketika jadual perlawanan menyaksikan Kelantan tidak berdepan laluan sukar untuk menundukkan lawan-lawan mereka berbanding Selangor.

Bagi Sathianathan, pemainnya kini masih lagi dalam 'mood' untuk terus menghambat gergasi Lembah Klang yang nyata agak resah selepas mereka kehilangan tiga mata ketika ditundukkan Perak, Selasa lalu.

Menurutnya, perlawanan malam kelmarin menyaksikan pasukannya agak goyah terutama di bahagian pertahanan sehingga membolehkan Selangor mencipta beberapa peluang selain gol pembukaan yang dijaringkan oleh Amirulhadi Zainal.

"Kedua-dua pasukan boleh menang dalam perlawanan itu tapi, nyata kita terlalu rapuh dibahagian pertahanan dan selepas 22 perlawanan, ini adalah corak bertahan yang paling lemah.

"Beraksi di tempat lawan, kemudian anda ketinggalan satu dan bangkit menyamakan kedudukan. Bagi saya ia suatu yang menakjubkan apabila para pemain menunjukkan semangat melawan serta berjaya mengikat kedudukan," katanya ketika dihubungi semalam

Tambahnya, sesi latihan seterusnya pasti akan ditumpukan kepada usaha untuk menguatkan barisan pertahanan yang sedikit pincang kerana tidak mahu gawang pasukannya mudah dibolosi lawan.

Perlawanan malam semalam juga menyaksikan peledak versatil The Red Warriors, Nurshahrul Idlan Talaha terpaksa dikeluarkan selepas mengalami kecederaan dan situasi ini sedkit meresahkan kem Kelantan.

Sokong Bia Bijok , Napok Bijok , Betindok Bijok , Main Bijok , Bijok Sokmo...... Gomo Kelate Gomo

Tiada ulasan: