KYD

KYD
KYD

WELCOME

Green Hornet

Isnin, 19 Julai 2010

Terry bakal disingkirkan


TERRY (kanan) bakal kehilangan tempat dalam skuad kebangsaan England.


LONDON - Fabio Cannavaro menyatakan bahawa John Terry bakal disingkirkan daripada skuad England kendalian Fabio Capello pada musim depan.

Pemain pertahanan Itali itu pernah menjadi mangsa kekejaman Capello ketika dia beraksi bersama Real Madrid.

Kini Cannavaro yakin Terry bakal kehilangan tempatnya dalam skuad kebangsaan selepas membuat komen kontroversi pada Piala Dunia 2010.

Pada awal tahun ini, Capello telah melucutkan jawatan ketua pasukan daripada Terry selepas skandal seksnya bersama bekas teman wanitanya, Wayne Bridge terbongkar.

Kemarahan Capello berterusan apabila Terry menggunakan sesi sidang media pada kempen Piala Dunia lalu untuk mengkritik taktikal dan pemilihan pemain yang dibuat pengendali dari Itali itu.

Cannavaro berkata, dia yakin Capello akan melakukan rombakan bagi menghadapi kelayakan Euro 2012 dengan Terry pasti akan disingkirkan daripada pasukan.

"Ramalan saya, nama Terry tidak akan terdapat langsung dalam senarai pemain. Kamu tidak boleh melawan Capello dan pasti beliau tidak mahu sesiapa lagi mengganggu perancangannya.

"Ternyata satu keputusan tepat dibuat FA England dengan mengekalkan Capello. Beliau boleh menjadikan skuad England ini sebagai pasukannya dan saya rasa mereka mampu menjadi pilihan pada Euro 2012.

"Apabila beliau menyertai Real, beliau bawa masuk banyak pemain pada musim pertama seperti saya dan Ruud van Nistelrooy. Hasilnya, kejayaan singkat diperolehi.

"Cuma saya akan terperanjat jika lebih daripada lima pemain yang beraksi ketika bertemu Jerman tempoh hari akan beraksi pada aksi pembukaan Euro 2012," kata Cannavaro.

Tambahnya, hanya dua pemain yang dianggap boleh menjamin tempat mereka dalam skuad England pada Euro 2012 iaitu Ashley Cole dan Wayne Rooney

Tiada ulasan: