KYD

KYD
KYD

WELCOME

Green Hornet

Jumaat, 27 Ogos 2010

Crouch julang Spurs


CROUCH muncul wira apabila meledak hatrik bagi membantu kemenangan Spurs awal pagi semalam.


LONDON - Jaringan hatrik Peter Crouch berjaya membawa Tottenham Hotspur (Spurs) layak ke saingan peringkat kumpulan Liga Juara-Juara hasil kemenangan 4-0 ke atas kelab Switzerland, Young Boys awal pagi semalam.

Pada aksi kedua playoff di White Hart Lane itu, Spurs berjaya mara dengan agregat 6-3 selepas tewas 2-3 pada perlawanan pertama di tempat lawan minggu lalu.

"Kami mahu diundi satu kumpulan bersama Real Madrid dan Inter Milan supaya kedua-dua pasukan itu dapat bertandang ke White Hart Lane kerana para penyokong kami mahu melihat kami bertemu kelab terbabit.

"Kami tidak akan dapat menilai se- jauh mana kehebatan kami sehingga- lah kami berpeluang bertemu pasukan terbaik. Kami kini memiliki peluang tersebut dan bersedia untuk menghadapinya," kata Crouch.

Sementara itu, Defoe yang bakal menjalani pembedahan bagi merawat kecederaan pangkal pahanya pada minggu depan telah menjaringkan satu lagi gol Spurs yang dianggap kontroversi.

"Memang saya menyentuh bola menggunakan tangan ketika menyambut hantaran tersebut tetapi apa yang lebih penting, kejayaan layak beraksi pada Liga Juara-Juara musim ini cukup bermakna buat kami," kata Defoe.

Bagi pengurus Spurs, Harry Red- knapp pula, kejayaan tersebut begitu menarik kerana ia merupakan suatu penantian yang cukup lama untuk mereka beraksi pada saingan tertinggi Eropah itu.

"Kami pernah beraksi pada Piala UEFA. Tetapi kejayaan mara ke peringkat kumpulan Liga Juara-Juara ini sesuatu yang hebat.

"Ketika saya mula-mula menyertai kelab ini, ia merupakan sasaran utama saya dan kami akhirnya berjaya merealisasikannya," kata Redknapp

Tiada ulasan: