KYD

KYD
KYD

WELCOME

Green Hornet

Sabtu, 28 Ogos 2010

Nasib berbeza gergasi Itali


ROM - Dua kelab gergasi Itali, Inter Milan dan AC Milan berdepan nasib berbeza selepas berakhirnya peringkat Liga Juara-Juara di Monaco, Paris kelmarin.

AC Milan diundi dalam kumpulan yang sama dengan Real Madrid buat musim kedua berturut-turut dalam saingan Kumpulan G bersama juara empat kali, Ajax Amsterdam dan Auxerre.

Juara bertahan, Inter pula 'digandingkan' dengan Tottenham Hotspur, Werder Bremen dan juara Liga Belanda, FC Twente dalam Kumpulan A yang dilihat mencabar.

Bagaimanapun, presiden Inter, Massimo Moratti agak terperanjat apabila pasukannya tidak diletakkan dalam kumpulan yang sama dengan Real Madrid yang dibimbing bekas jurulatihnya, Jose Mourinho.

"Saya ingat kami akan diundi dalam kumpulan yang sama dengan pasukan bimbingan Mourinho, seperti yang berlaku kepada kami dengan Barcelona musim lalu," kata Moratti merujuk kepada undian yang menemukan Inter dan Barca dalam satu kumpulan musim lalu.

"Saya tidak tahu mana satu yang bagus iaitu bertemu mereka (Real) di peringkat kumpulan atau berdepan mereka di peringkat suku akhir."

Moratti turut mengakui, dia akan memberi sokongan kepada Mourinho apabila Real turun menentang Milan dalam saingan peringkat kumpulan nanti.

Namun melihat kepada saingan dalam Kumpulan A, Moratti berkata, ia bukan satu laluan mudah kepada mana-mana pasukan.

"Ia satu kumpulan yang mencabar, sukar dan agak seimbang kerana semua lawan kami adalah bagus dan tiada pasukan yang lemah.

"Kami perlu menghadapinya dengan serius bermula dari awal kempen, tanpa rasa selesa dan mudah terjejas, dari awal perlawanan sehingga ke aksi terakhir.

"Tetapi saya rasa Milan juga akan mengharungi laluan yang berliku."

Sementara itu, jurulatih Milan, Massimiliano Allegri pula menganggap dua kelab dari bandar Milan itu telah diundi dalam kumpulan yang sukar.

"Kami terpaksa berdepan dengan pasukan yang lebih kuat dan lebih bersedia.

"Ini adalah kumpulan maut tetapi kami akan buat apa yang perlu dilakukan

Tiada ulasan: