KYD

KYD
KYD

WELCOME

Green Hornet

Selasa, 21 September 2010

Adebayor semakin hampir tinggalkan City


ADEBAYOR (tengah) hampir pasti meninggalkan City selepas hubungannya dengan Mancini semakin tegang.


LONDON - Emmanuel Adebayor hampir pasti meninggalkan Manchester City selepas hubungannya dengan pengurus, Roberto Mancini semakin panas.

Baru-baru ini, Adebayor terpaksa ditenangkan oleh rakan-rakan sepasukannya dan pegawai City selepas dia dilaporkan bertikam lidah dengan Mancini.

Insiden panas itu berlaku ketika Adebayor memberi penjelasan kepada Mancini mengenai kecederaan otot kaki yang dialaminya.

Bagaimanapun, pengurus kelahiran Itali itu menganggap Adebayor hanya berpura-pura mengalami kecederaan tersebut.

"Perbalahan sudah lama tercetus di antara mereka," kata sumber dalaman City.

"Tiada lagi perkara yang lebih buruk selain daripada seorang pengurus menuduh pemainnya berpura- pura cedera.

"Adebayor mungkin tidak bermain dengan baik tetapi dia tidak mungkin bersikap sebegitu.

"Dia seorang pemain profesional dan sudah pasti dia berang dengan kenyataan pengurusnya sendiri."

Insiden tersebut juga adalah bukan kali pertama melibatkan Adebayor dan Mancini.

Adebayor sebelum ini pernah ditenangkan oleh jurulatih City yang lain setelah dia diketepikan dari- pada skuad ketika menentang Tottenham Hotspur pada awal musim ini.

Dia merupakan antara pemain yang dibeli oleh bekas pengurus City, Mark Hughes dan mula bergelut dengan prestasi sejak Mancini mengambil alih kelab itu setahun yang lalu

Tiada ulasan: