KYD

KYD
KYD

WELCOME

Green Hornet

Selasa, 21 September 2010

Eto'o penyelamat Inter





ROM - Samuel Eto'o menjaringkan dua gol untuk membantu Inter Milan bangkit menewaskan Palermo 2-1, sekali gus kembali ke persada Serie A awal pagi semalam.

Perancang Slovenia, Josip Ilicic meletakkan Palermo di depan selepas 28 minit permainan di bandar Sicily itu sebelum Eto'o tampil meledakkan dua gol pada minit ke-62 dan 70.

"Kami perlu mencari sedikit lagi ke- seimbangan dalam skuad tetapi buat masa ini kami tetap menunjukkan peningkatan," kata jurulatih Inter, Rafael Benitez.

"Kami mengubah posisi Eto'o dari kiri ke tengah sebagai penyerang kedua dan dia berjaya melakukan tugas- nya dengan baik.

"(Diego) Milito pula bermain dengan baik, dia melakukan segala yang termampu untuk menjaringkan gol. Memang dia kurang gembira kerana dikelu- arkan tetapi saya faham situa- sinya."

Ketika Milito bergelut mencari gol, Eto'o pula telah beraksi dengan baik buat Inter musim ini.

Bekas penyerang Barcelona itu menjaringkan gol penyamaan ketika Inter seri 2-2 dengan FC Twente dalam kem- pen Liga Juara-Juara, Selasa lalu dan meledakkan dua gol dalam kejayaan Inter ke atas AS Roma pada Piala Su- per Itali bulan lepas.

Dengan kemenangan ini, Inter berkongsi sebagai pendahulu Serie A bersama Cesena dengan tujuh mata selepas pendatang baru itu mengalahkan Lecce 1-0 meskipun terpaksa bermain dengan 10 orang.

Juventus pula mencatat kemenangan pertama setelah menewaskan Udinese 4-0 hasil jaringan Leonardo Bonucci, Fabio Quagliarella, Claudio Marchisio and Vincenzo Iaquinta.

Sementara itu, Roma masih tercari-cari kejayaan pertama mereka selepas diikat 2-2 oleh Bologna

Tiada ulasan: