KYD

KYD
KYD

WELCOME

Green Hornet

Sabtu, 18 September 2010

Mourinho dalam dilema


MADRID - Jose Mourinho enggan membuat keputusan mengenai tawaran menjadi pengendali sementara skuad kebangsaan Portugal dalam dua aksi kelayakan Euro 2012.

Pengurus Real Madrid itu berkata, keputusan sama ada beliau akan me- nerima atau sebaliknya terserah kepada kelab gergasi Sepanyol itu.

Presiden Persekutuan Bola Sepak Portugal (FPF), Gilberto Madail dilaporkan telah berbincang dengan Mourinho mengenai perkara itu kelmarin.

Mourinho berkata, beliau tidak boleh menerima tugas itu kerana masih terikat dengan Real tetapi beliau juga enggan menolak tawaran berkenaan kerana mahu melihat Portugal menang.

"Real memang berhak untuk menghalang saya daripada menerima tugas itu, halangan paling minimum sekali ialah dengan tidak melepaskan saya pergi," kata jurulatih kelahiran Portugal itu.

Sementara itu, Real pula seperti enggan tunduk dengan rayuan Portugal itu.

"Selepas satu pertemuan yang memakan masa hampir tiga jam, jurulatih Real itu telah menerima cadangan tersebut tetapi dengan syarat mendapat persetujuan daripada Presiden Real, Florentino Perez menerusi pinjaman," menurut akhbar Sepanyol, AS.

Akhbar Marca pula melaporkan bahawa Mourinho secara dasarnya juga bersetuju dengan tawaran berkenaan tetapi menyerahkan keputusan muktamad kepada kelabnya.

Real menganggap terlalu banyak risiko akan timbul sekiranya mereka membenarkan Mourinho menggalas tugas tersebut.

"Segala-galanya seperti menunjukkan bahawa cadangan ini tidak akan berlaku."

Portugal kini menduduki tangga kedua terbawah dalam Kumpulan H Kelayakan Euro 2012 dengan mengutip satu mata dari dua perlawa- nan setelah tumpas 0-1 kepada Nor- way diikuti seri 4-4 dengan Cyprus di tempat sendiri.

Aksi seterusnya pula ialah menentang Denmark pada 8 Oktober depan dan Iceland empat hari kemu- dian

Tiada ulasan: