KYD

KYD
KYD

WELCOME

Green Hornet

Sabtu, 18 September 2010

Fandi, Fadhli 'dipikat' Vion FC



FADHLI (kiri) dan Fandi (dua dari kiri) sedang mendengar arahan jurulatih Vion FC pada sesi latihan kelmarin.


BIARPUN skuad bawah 21 tahun kebangsaan, Harimau Muda A baru dua minggu berada di Slovakia, dua pemainnya sudah pun 'dipikat' kelab Liga Corgon Slovakia, Vion FC, lapor WAN FAKHRUL BAKAR.

Dua pemain yang bertuah itu ialah pemain pertahananan dan sayap kiri, Fandi Othman, 18, dan pemain pertahanan tengah, Fadhli Shas, 19.

Jurulatih Harimau Muda A, Ong Kim Swee berkata, Fandi dan Fadhli telah ditawarkan untuk berlatih bersama pasukan utama kelab itu bermula kelmarin.

"Pemilihan kedua-dua pemain ini dibuat atas penilaian ketua jurulatih Vion FC ketika dia menyaksikan perlawanan kami di sini serta dibantu perbincangannya dengan saya.

"Mereka mula berlatih semalam (kelma- rin) dan akan terus bersama Vion FC se- hingga mereka berdua pulang ke tanah air sehari kemudian untuk kem latihan pusat skuad kebangsaan," katanya ketika dihubu- ngi Kosmo! di Slovakia semalam.

Fandi dan Fadhli merupakan tonggak utama Harimau Muda A pada tiga aksi per- sahabatan skuad negara setakat ini yang menyaksikan mereka tewas 1-3 kepada MFK Ruzomberok B, seri 2-2 dengan FC Petrazalka dan tewas 1-2 kepada Slovan Duslo Sala.

Jelas Kim Swee, pendedahan sesi latihan bersama Vion FC itu sesuatu yang amat berguna pada pemain muda negara selain ia turut membuktikan Malaysia juga tidak ke- tandusan pemain berkualiti.

"Saya harap Ini juga akan membuka lagi ruang kerjasama baik antara FAM dan Vion FC untuk terus memberi peluang pada pe- main-pemain kita walaupun kelab itu berstatus elit di Eropah.

"Ia juga memberi semangat yang lebih ke- pada pemain-pemain lain agar dapat menunjukkan prestasi yang cemerlang untuk dipilih menyertai mana-mana kelab di Slovakia ini," ujarnya.

Dalam pada itu, Harimau Muda A turut mengadakan satu perlawanan persahabatan tidak rasmi pada Rabu lalu untuk memberi peluang kepada pemain-pemain simpanan beraksi.

"Kita menentang sebuah kelab Liga 2 Slo- vakia dan seri 4-4. Ferris Danial Mat Nasir dan Wan Zaharul Nizam Wan Zakaria masing-masing menjaringkan dua gol

Tiada ulasan: