KYD

KYD
KYD

WELCOME

Green Hornet

Sabtu, 4 September 2010

Mourinho kecewa tiada peledak berbisa


LONDON - Jurulatih Real Madrid, Jose Mourinho ternyata kecewa kerana gagal mendapatkan khidmat seorang penyerang baru.

Terdahulu, Mourinho dilapor telah mengemukakan tawaran kepada bintang Chelsea, Didier Drogba dan penyerang Manchester City, Emmanuel Adeba- yor.

Mourinho mahu Real membawa seorang penyerang baru sensasi ke Bernabeu, namun dia sedar bukan mudah untuk merampas pemain kegemarannya, Drogba.

Meskipun situasi Adebayor tidak menentu di Eastlands, Mourinho juga sedar kesukaran yang bakal ditempuhinya sekiranya mengadakan perjanjian bersama City yang mempunyai dana kewangan yang besar.

Mourinho mengakui, dia kini terpaksa menyandarkan harapan kepada Karim Benzema dan Gonzalo Higuain bagi mengetuai jentera serangan skuad The Galacticos.

"Sebagai jurulatih, kami sentiasa rasa tidak puas hati, kami selalu mahukan sesuatu yang lebih dan atas sebab itu, saya setuju bahawa kami memerlukan pemain baru," kata Mourinho.

"Di Real, saya mahukan seorang lagi penyerang baru. Higuain dan Benzema sahaja tidak cukup.

"Urusan perpindahan bukan selalunya mudah bagi Real Madrid, jika kamu mula tunjukkan minat, keke- cohan akan mula berlaku."

Mourinho mula tertekan selepas Real seri tanpa ja- ringan ketika menentang Real Mallorca pada aksi pembukaan Liga Sepanyol minggu lalu

Tiada ulasan: