KYD

KYD
KYD

WELCOME

Green Hornet

Sabtu, 9 Oktober 2010

Hodgson congak formula baru


LONDON - Pengurus Liverpool, Roy Hodgson sudah mula memikirkan untuk membawa masuk beberapa muka baru ke Anfield pada musim perpindahan Januari depan.
Peluang itu bakal hadir sekiranya skuad The Reds sah menjadi milik New England Sports Ventures (NESV) yang juga merupakan pemilik kelab bola keranjang Amerika Syarikat, Boston Red Sox.
Terdahulu, tawaran bernilai £300 juta (RM1,472.19 bilion) yang dikemukakan NESV menerusi pemiliknya, John Henry bagi mengambil alih kelab Liga Perdana England itu secara dasarnya telah dipersetujui oleh Ahli Lembaga Pengarah Liver- pool.
Disebabkan itu, Hodgson yakin segala urusan pertukaran hak milik akan berjalan dengan lancar, sekali gus membolehkannya mengintai kelibat beberapa pemain bintang bagi memperkuatkan cabaran The Reds.
"Ia adalah suatu perkembangan yang positif dan saya berasa senang dengan perkara tersebut.
"Tidak dinafikan, bukan senang sebenarnya pihak pengurusan kelab mahu membuat keputusan mengenai perkara ini tetapi saya yakin segala-galanya akan berjalan lancar.
"Kami memerlukan beberapa pemain baru kerana ketika ini kami memiliki kelemahan di beberapa posisi.
"Apa yang saya harapkan peminat- peminat Liverpool dapat bersabar dan percaya kami dapat menyelesaikan kekusutan yang melanda dalam masa terdekat," jelas Hodgson lagi.
Sejak mula mengambil alih tugas selaku pengurus daripada Rafael Benitez awal musim ini, nasib ternyata tidak menyebelahi Hodgson yang juga bekas pengurus Fulham.
Beliau terpaksa menyaksikan skuad kendaliannya menduduki kelompok tiga kelab terbawah liga ketika ini selepas sekadar mengumpul enam mata dalam tujuh perlawanan.

Tiada ulasan: