KYD

KYD
KYD

WELCOME

Green Hornet

Ahad, 10 Oktober 2010

Sepanyol unggul



LLORENTE (kanan) diraikan rakan-rakan sepasukannya selepas menjaringkan gol pertama Sepanyol ketika menentang Lithuania semalam.


PARIS - Juara dunia, Sepanyol merampas kedudukan selaku pendahulu Kumpulan I kempen kelayakan Euro 2012. Kejayaan itu diraih selepas skuad kendalian Vicente del Bosque itu mencatatkan kemenangan selesa 3-1 ke atas Lithuania awal pagi semalam.

Dengan kemenangan tersebut, Sepanyol unggul di tangga teratas selepas mengumpul enam mata, dua mata meninggalkan Scotland yang berkongsi empat mata bersama Lithuania di tangga kedua.

Ia diikuti Republik Czech dengan tiga mata dan Liechten- stein berada pada kedudukan tercorot selepas tewas dua perla- wanan awal.

"Ia merupakan tiga mata penuh yang amat penting buat kami.

"Itulah yang kami mahukan sebenarnya iaitu enam mata maksimum dalam dua perlawanan. Kami tidak mahu ada sebarang kejutan sekalipun," jelas del Bosque.

Pada aksi yang berlangsung di Stadium Santiago Bernabeu itu, anak-anak buah del Bosque membuka tirai jaringan menerusi Fernando Llorente pada minit ke- 47.

Begitupun, Darvydas Sernas berjaya menjaringkan gol penyamaan buat Lithuania pada minit ke-54 sebelum Llorente sekali meletakkan Sepanyol kembali di hadapan dua minit kemudian.

Penyerang Manchester City, David Silva melengkapkan hari gemilang buat skuad La Roja apabila meledak gol ketiga pada minit ke-79.

Anak-anak buah del Bosque dijadual berdepan Scotland pada aksi berikutnya di Hampden Park awal pagi Rabu ini

Tiada ulasan: