KYD

KYD
KYD

WELCOME

Green Hornet

Khamis, 4 November 2010

Bale tunjang Tottenham


BALE (kiri) meraikan jaringan Crouch pada pertemuan menentang Inter Milan di White Hart Lane awal pagi semalam. Tottenham menang 3-1.


LONDON - Buat pertama kali, Inter Milan tewas dalam pemburuan mereka mempertahankan trofi Liga Juara-Juara musim ini setelah tewas 1-3 kepada Tottenham Hotspur pada aksi Kumpulan A di White Hart Lane awal pagi semalam.
Biarpun jaringan Tottenham diperoleh menerusi Rafael van der Vaart pada minit ke-18, Peter Crouch (61) dan Roman Pavlyuchenko (89), nyata Gareth Bale sekali lagi menjadi nadi utama tuan rumah pada pertemuan tersebut.
Pada aksi di San Siro dua minggu lalu, Bale meledak hatrik, namun masih gagal membantu Tottenham mencipta kemenangan apabila mereka tewas 4-3.
"Bale merupakan salah seorang pemain terbaik kami ketika ini. Setiap minggu dia memberikan persembahan bertenaga dan setiap pemain lawan mula takut dengannya.
"Pada perlawanan ini, Bale berdepan Maicon yang merupakan antara pemain pertahanan terbaik di dunia tetapi dia tetap berjaya mengatasinya," kata Van der Vaart.
Inter pula memperoleh satu gol hasil jaringan Samuel Eto'o pada minit ke-80.
Dengan kemenangan itu, Tottenham merampas tangga teratas Kumpulan A daripada Inter dengan kelebihan jaringan biarpun kedua-dua pasukan kini terikat dengan tujuh mata.
Pengurus Tottenham, Harry Redknapp berkata: "Dari awal hingga penghujung permainan, corak permainan terbaik yang kami pamerkan ini cukup sukar dipercayai.
"Kami berjaya menekan sepenuhnya pasukan lawan sepanjang perlawanan dan setiap pemain menampilkan persembahan yang cukup menakjubkan."
Ternyata White Hart Lane terus menjadi gelanggang badi buat jurulatih Inter, Rafael Benitez yang sebelum ini turut mengalami kekalahan dalam tiga aksi terakhir di stadium tersebut ketika dia membimbing Liverpool.
"Banyak perkara yang perlu diperbaiki lagi. Bukan saja dari segi psikologi, malah dari sudut teknikal. Kami tak sepatutnya tewas dengan keadaan sebegini.
"Saya juga dapati kami berdepan kesukaran untuk menyekat kelincahan Bale kerana dia terlalu pantas

Tiada ulasan: