KYD

KYD
KYD

WELCOME

Green Hornet

Khamis, 4 November 2010

Guardiola hilang sabar


GUARDIOLA (kanan) bertikam lidah dengan Solbakken pada aksi Liga Juara-Juara di Copenhagen semalam.


COPENHAGEN - Jurulatih Barcelona, Pep Guardiola yang sebelum ini dilihat memiliki watak yang tenang akhirnya hilang sabar setelah pasukannya terikat 1-1 dengan FC Copenhagen pada aksi Liga Juara-Juara awal pagi semalam.
Guardiola, 39, telah bertikam lidah dengan jurulatih Copenhagen, Stale Solbakken di tepi padang selepas wisel penamat ditiup pengadil sambil terus mengkritik pengendali berbangsa Norway itu pada sidang media sejurus kemudian.
"Kamu tanyalah dia (Solbakken) apa yang terjadi. Dia sudah tentu boleh memanipulasikan cerita dengan baik di hadapan media. Saya rasa dia bertindak cukup teruk pada situasi tersebut," kata Guardiola.
Difahamkan, persengketaan di antara Guardiola dan Solbakken telah bermula sejak Barcelona berjaya mencatatkan kemenangan 2-0 ke atas juara Liga Denmark itu pada aksi pertama di Nou Camp bulan lalu.
Ia gara-gara tindakan penjaga gol Barcelona, Jose Manuel Pinto yang menipu penyerang Copenhagen, Cesar Santin apabila mendakwa pemain itu berada dalam kedudukan ofsaid ketika perlawanan sedang berlangsung.
Ekoran insiden tersebut, Copenhagen telah menghantar surat aduan rasmi kepada Persekutuan Bola Sepak Eropah (UEFA) dan badan induk itu telah memutuskan untuk menggantung Pinto sebanyak dua perlawanan.
Begitupun, Copenhagen menganggap hukuman yang dikenakan UEFA ke atas Pinto masih belum memadai kerana ia dikatakan terlalu ringan.
Namun Guardiola lantas membalas kembali komen yang dikeluarkan oleh Copenhagen itu.
"Apa yang mereka (Copenhagen) tidak boleh lakukan adalah meminta Pinto dikenakan hukuman gantung empat perlawanan dan melabel pemain itu sebagai pemain yang tidak berdisiplin.
"Bagi saya, Pinto merupakan seorang pemain yang sentiasa mengamalkan corak permainan bersih dan dia memainkan peranan yang penting buat kami semua apabila berada dalam bilik persalinan," jelas Guardiola

Tiada ulasan: