KYD

KYD
KYD

WELCOME

Green Hornet

Sabtu, 13 November 2010

Gerrard nyala impian Liverpool



GERRARD makin bersemangat memperbaiki kedudukan Liverpool dalam saingan liga musim ini.


LIVERPOOL - Kapten Liverpool, Steven Gerrard menjelaskan, tahap keyakinan skuad The Reds masih tinggi menjelang aksi Liga Perdana England menen- tang Stoke City di Stadium Britannia awal pagi esok.
Gerrard menyuarakan keyakinan itu selepas Liverpool sekadar mencatat keputusan seri 1-1 dengan Wigan Athletic di Stadium DW awal pagi kelmarin.
Meskipun mendahului seawal minit ketujuh menerusi jaringan penyerang berbisa, Fernando Torres, skuad bimbingan Roy Hodgson itu gagal mempertahankan kelebihan itu apabila pintu gol mereka bolos pada minit ke-52.
Keputusan seri itu telah menjejaskan momentum yang ditonjolkan Liverpool sejak akhir-akhir ini biarpun mereka kini melonjak dari tangga ke-16 ke tangga kesembilan liga.
Bagaimanapun, skuad The Reds itu berpeluang menduduki kelompok lima terbaik sekiranya mencipta kemenangan di Lanca- shire nanti.
"Saya gembira dengan prestasi kami ketika ini selepas kami mengharungi saingan awal musim yang cukup mengecewakan.
"Selepas mempersia-siakan kelebihan yang ada ketika menentang Wigan, kami faham kenapa peminat kecewa.
"Mungkin persembahan kami menjadi buruk selepas kami kekurangan tenaga dan keletihan selepas kejayaan menewaskan Chelsea.
"Kamu hanya akan memperoleh kegembiraan selepas kamu berehat 72 jam (3 hari) sebaik sahaja menghadapi satu perlawanan yang besar," kata Ger- rard.
Gerrad berkata, dia dan rakan-rakan sepasukannya akan terus memberikan cabaran sengit kepada kelab gergasi lain.
"Kami perlu melebarkan rekod tanpa kalah kami, Fernando sekali lagi menemui sentuhan gol dan ia adalah sesuatu yang positif.
"Perlawanan mungkin menjadi sukar di Stoke tetapi kami akan bersatu dan berjuang habis-habisan.
"Sekiranya kami menang, ia bakal menjadi satu keputusan yang hebat. Kami sudah bersedia untuk menghadapinya,

Tiada ulasan: