KYD

KYD
KYD

WELCOME

Green Hornet

Rabu, 24 November 2010

Rangers tekad gempur United


MILLER berazam bantu Rangers membenam United di Stadium Ibrox pagi esok.


GLASGOW - Wakil Scotland, Rangers sudah bersedia menggempur Manchester United pada aksi Liga Juara-Juara di Stadium Ibrox awal pagi esok.
Tampil selaku tuan rumah, Rangers hanya memburu kemenangan bagi mencerahkan peluang mereka untuk mara ke pusingan kalah mati saingan Liga Juara- Juara.
Begitu juga dengan United, skuad The Red Devils itu tidak mahu keciciran mata bagi mengesahkan slot ke pusingan kalah mati lebih awal.
Musim ini, Rangers yang dibimbing Wal- ter Smith telah mempamerkan banyak peningkatan dalam saingan kelab-kelab elit Eropah itu selepas berjaya mengumpul lima mata daripada empat perlawanan.
Ketika ini, anak-anak buah Smith menghuni tangga ketiga Kumpulan C dan mereka ha- nya ketinggalan dua mata di belakang Valencia yang menduduki tangga kedua.
United pula unggul selaku pendahulu Kumpulan C dengan mengumpul 10 mata hasil tiga kemenangan dan satu seri.
Berdasarkan pertemuan pertama menentang United, bulan lalu, Rangers dilihat mempunyai peluang untuk mencipta keju- tan apabila berjaya mengikat keputusan seri tanpa jaringan.
Pada aksi di Old Trafford itu, corak per- mainan secara bertahan yang diterapkan Rangers ternyata membuahkan hasil apabila mereka berjaya mengekang segala asakan daripada United.
Namun bagi tonggak Rangers, Kenny Miller, dia tidak mahu terlalu memikirkan me- ngenai keputusan pada perlawanan tersebut kerana percaya rakan-rakannya yang lain perlu mencipta lebih banyak peluang untuk menjaringkan gol sekiranya mahu mencatatkan kemenangan.
"Formasi yang kami gunakan di Old Traf- ford benar-benar menakjubkan. Kami akan cuba untuk mengekalkannya, malah akan melakukan lebih daripada itu.
"Secara jujurnya, satu mata yang diper- oleh pada perlawanan tersebut cukup bermakna buat kami tetapi kami langsung tidak melakukan percubaan bahaya ke gawang United.
"Kali ini kami mahu mencipta seberapa banyak peluang yang boleh bagi ditambah pula kami beraksi di laman sendiri

Tiada ulasan: