KYD

KYD
KYD

WELCOME

Green Hornet

Jumaat, 26 November 2010

Rooney sudah temui semula sentuhan gol




LONDON - Penyerang sensasi Manchester United, Wayne Rooney (gambar) ternyata lega selepas mengakhiri kemarau jaringan.
Awal pagi semalam, gol yang dicari-cari penyerang antarabangsa England itu akhirnya menjelma ketika dia membantu The Red Devils melakar kemenangan tipis 1-0 ke atas kelab Scotland, Rangers dalam saingan Liga Juara-Juara.
Rooney meledak gol menerusi sepakan penalti yang diperoleh pada minit ke-87 pada aksi peringkat Kumpulan C yang berlangsung di Stadium Ibrox itu.
Sepakan penalti itu berpunca apabila tonggak pertahanan Rangers, Steven Naismith melakukan kekasaran terhadap bintang muda United, Fabio di dalam kotak penalti.
"Saya berasa lega kerana akhirnya berjaya juga menjaringkan gol.
"Saya perlu berada dalam keadaan tenang sebelum mengambil sepakan itu tetapi tidaklah berasa gugup untuk melaksanakannya.
"Kini, saya berasa sangat selesa apabila dapat kembali beraksi. Saya benar-benar telah kembali cergas sepe- nuhnya," jelas Rooney.
Jaringan yang dilakukan penyerang berusia 24 tahun itu merupakan yang pertama buat dirinya sejak Ogos lalu.
Sementara itu, pengurus United, Alex Ferguson merupakan individu yang paling lega selepas menyaksikan Rooney kembali menemui sentuhan penyudah.
Bagaimanapun, Ferguson masih menganggap Rooney perlu lebih kerap beraksi dalam tempoh 90 minit perlawanan.
"Ia merupakan sepakan penalti yang menakjubkan. Namun, dia perlu beraksi dengan lebih kerap.
"Ia perlu bagi dia kembali pada tahap prestasi sebenarnya seperti sebelum ini. Dia (Rooney) juga perlu bekerja keras untuk mengambalikan semula tahap kecergasannya

Tiada ulasan: