KYD

KYD
KYD

WELCOME

Green Hornet

Rabu, 1 Disember 2010

City buru aksi kalah mati


PARIS - Manchester City ada misi tersendiri apabila turun beraksi dalam saingan Liga Europa awal pagi esok.
City kini mengintai slot untuk berada dalam kelompok 32 pasukan terbaik bagi membolehkan mereka bersaing dalam pusingan seterusnya.
City yang di bawah kendalian Roberto Man- cini bakal melayan kunjungan kelab Austria, SV Salzburg di Stadium of Manchester.
Ketika ini, lima kelab telah pun mengesah- kan slot beraksi pada pusingan seterusnya iaitu dua kelab Rusia, Zenit St Petersburg dan CSKA Moscow, Stuttgart (Jerman), BATE Borisov (Belarus) serta FC Porto dari Portugal.
Penyerang City, David Silva optimis yang kelabnya itu mampu mara ke pusingan kalah mati.
"Kami bakal beraksi di laman sendiri dan ia sudah pastinya menjadi kelebihan buat kami untuk mencatatkan kemenangan.
"Sekiranya kami berjaya mengutip tiga mata penuh pada pertemuan dengan Salz- burg itu, secara automatiknya kami akan mara ke pusingan seterusnya.
"Apa jua perkara yang berlaku, kami perlu berfikiran positif," jelas Silva yang juga merupakan penyerang antarabangsa Sepanyol.
City yang berada dalam Kumpulan A, kini menghuni tangga kedua apabila berkongsi tujuh mata dengan pendahulu, Lech Poznan yang mana hanya dibezakan dengan jumlah jaringan.
Sementara itu, Mancini mengingatkan anak-anak buahnya agar memberi tumpuan sepenuhnya pada pertemuan dengan Salz- burg itu kerana ia penting bagi memastikan mereka mara ke pusingan seterusnya

Tiada ulasan: