KYD

KYD
KYD

WELCOME

Green Hornet

Jumaat, 31 Disember 2010

Hodgson kalis kritikan


HODGSON dikritik hebat selepas Liverpool tewas mengejut 0-1 kepada Wolverhampton di Anfield awal pagi semalam.


LIVERPOOL - Pengurus Liverpool, Roy Hodgson menegaskan, beliau masih mampu menahan kritikan daripada seluruh para penyo- kong setia skuad The Reds.
Kenyataan Hodgson itu hadir selepas menyaksikan skuad kendaliannya tewas menge- jut 0-1 kepada kelab tercorot Liga Perdana England, Wolverhampton Wanderers di Anfield awal pagi semalam.
Ternyata kekalahan itu sukar diterima oleh seluruh penyokong Liverpool yang sebelum ini terpaksa menyaksikan kelab kesayangan mereka bergelut dengan prestasi tidak menentu.
Memburukkan keadaan, penyokong-penyokong setia The Redsturut melaungkan nama legenda bola sepak Liverpool, Kenny Dalglish sebagai tanda protes terhadap Hodgson.
Bagi mereka, Dalglish merupakan calon yang paling layak bagi membimbing Liverpool berbanding Hodgson.
"Saya sudah biasa dengan perkara tersebut. Dia (Dalglish) merupakan pencabar utama saya bagi merebut jawatan sebagai pengurus Liverpool, namun ia telah dipertanggungjawabkan kepada saya.
"Saya tidak suka mendengar jeritan-jeritan seperti itu. Saya cuba untuk melaksanakan tugas saya dengan sebaik mungkin, namun semuanya berlaku di luar kawalan saya.
"Selaku pengurus, kamu perlu bertanggungjawab terhadap apa yang berlaku dan menganggapnya sebagai cabaran," jelas Hodgson sejurus tamat perlawanan dengan Wolverhampton.
Pada aksi tersebut, gol Wolverhampton diperoleh menerusi Stephen Ward pada minit ke-56.
Ketika ini, anak-anak buah Hodg- son sekadar menduduki tangga ke-12 liga apabila mengumpul 22 mata dalam 18 perlawanan.
Andai skuad The Reds berhajat memperbaiki kedudukan pada carta liga, mereka perlu mencatat seberapa banyak kemenangan yang boleh dalam baki perlawanan selepas ini

Tiada ulasan: