KYD

KYD
KYD

WELCOME

Green Hornet

Selasa, 6 Julai 2010


PRETORIA: Piala Dunia membuktikan Diego Maradona bukan seorang jurulatih genius tapi bukan juga badut seperti yang dijangka sesetengah pihak.

Benar, ada ketikanya tidak sukar memerhatikan jurulatih Argentina tanpa menyanyikan lagu tema Benny Hill. Sebagai contoh, bayangkan sesi latihan Argentina di mana Maradona berpura-pura memukul seorang kakitangannya dan berlagak seperti sasaran yang perlu dirembat setiap pemainnya. Sambil meluahkan kemarahan dia menggaru-garu kepalanya. Dia benar-benar seorang pelawak.


Tapi dengan kejayaan dimiliki Argentina, ternyata ada pengisian di sebalik kegilaan Maradona. Tiada satu pasukan pun yang mempunyai kelancaran gerakan sehebat mereka.


Keupayaan Gonzalo Higuain dan Carlos Tevez menjaringkan gol dan pemain terbaik dunia, Lionel Messi menyumbang inspirasi, hantaran dan juga kepemimpinan buat pasukan mudah mengetepikan kecacatan pertahanan anak buah Maradona dan tidak mempertikaikan keputusannya meminggirkan pemain pertahanan Javier Zanetti dan pemain tengah Esteban Cambiasso.


Strategi Maradona, adalah untuk menjaringkan gol dan bukannya menghalang lawan. ‘Serangan berterusan’ adalah caranya mempersembahkan corak permainan sebenar Argentina.


“Kami di sini memberi kegembiraan buat Argentina, bermain seperti yang kami mahu, dengan cara yang membuat kami gembira,” katanya.


Menyeronokkan tapi terlalu naif.


Maradona memanfaatkan kesungguhan untuk menampung kekurangan pengalaman sebagai jurulatih. Dia menenangkan pemainnya dengan pelukan dan ciuman sebelum dan selepas perlawanan kerana tidak banyak yang boleh diberinya dari sudut kemahiran taktikal.


Arahan yang diberikannya sewaktu latihan ialah ‘Teruskan! Bersemangatlah!’ dan bukannya petunjuk berguna mengenai strategi.


Dia bercakap mengenai ‘pengorbanan, darah dan keberanian’ daripada pemain, bukan mengenai formasi perlawanan. Pemain sebaliknya membalasnya dengan pujian dengan pengalaman yang dimilikinya dalam empat Piala Dunia dan bukan rancangan permainannya, itupun jika ada.


Kelebihan Maradona paling menyerlah di sidang media cukup menghiburkan dan provokatif ialah kejayaannya mengalihkan perhatian daripada Messi dan punca kegagalan penyerang ternama itu menjaringkan gol.

Namun, seperti di pusingan kelayakan, Maradona gagal memanfaatkan kebolehan Messi menjaringkan gol. Messi tidak memperoleh bantuan yang menjadikannya penyerang berbisa bersama kelabnya, Barcelona. Ia menyebabkan Messi terpaksa bergerak lebih jauh di bahagian tengah untuk mendapatkan bola.


Akibat kepincangan pertahanan Argentina dan ketiadaan pelan alternatif B, C dan D andai pelan A iaitu serang, serang, serang tidak menjadi, tidak sukar menjangkakan perjalanan hebat Argentina berakhir jika penyerangnya gagal melakukan jaringan. Namun, tiada siapa menjangkakan Argentina dan Maradona ketandusan idea ketika tewas di tangan Jerman di suku akhir



Tiada ulasan: