KYD

KYD
KYD

WELCOME

Green Hornet

Rabu, 25 Ogos 2010

Spurs yakin atasi Young Boys



BALE (depan) mula mempamerkan kematangan mengetuai jentera serangan Spurs.


LONDON - Tottenham Hotspur (Spurs) menanti kunjungan kelab Switzerland, Young Boys pada aksi kedua playoff Liga Juara-Juara awal pagi esok.

Mereka sedar bahawa mereka masih mempunyai peluang untuk melangkah jauh dengan bekalan dua gol hasil jaringan di tempat lawan minggu lepas yang menyaksi- kan mereka tewas 2-3.

Young Boys telah mengejutkan mereka dengan mendahului 3-0 dalam tempoh setengah jam pada aksi di Berne itu tetapi Tottenham berjaya bangkit dan menghasilkan dua gol untuk menamatkan perlawanan dengan kekalahan 2-3.

Berbekalkan dua gol di tempat lawan itu, skuad bimbingan Harry Redknapp itu hanya perlu menang pada aksi di laman sendiri awal pagi esok untuk layak ke saingan pering- kat kumpulan.

"Kami masih mempunyai peluang. Ia bukan sesuatu yang mudah tetapi kami berjaya bangkit daripada ketinggalan 0-3 pada aksi pertama," kata Redknapp.

Tottenham semakin yakin selepas mereka berjaya menewaskan Stoke 2-1 pada saingan Liga Perdana England hujung minggu lalu dan Gareth Bale berada pada prestasi terbaik selepas menjaringkan kedua-dua gol pada perlawanan tersebut.

"Saya tak rasa ada pemain kidal lain di Britain yang lebih bagus dari- pada Bale. Dia mampu berlari ke mana saja dan menanduk bola dengan baik kerana memiliki ketinggian 188 sentimeter," ujar Redknapp.

Namun, pengurus Tottenham itu memiliki masalah kecederaan dengan Jermain Defoe, Robbie Keane, Roman Pavlyuchenko dan Luka Modric tidak diturunkan pada aksi me- nentang Stoke.

Sementara itu, Young Boys tetap yakin mereka juga mampu layak dan secara terbuka menyatakan bahawa kunjungan mereka ke White Hart Lane bukan untuk memperta- hankan kelebihan satu gol itu.

"Aksi pada perlawanan pertama telah menampakkan bahawa kami memiliki peluang untuk mara.

"Saya yakin kami boleh menjaringkan satu atau dua gol pada aksi kedua ini," kata pemain tengah Young Boys, David Degen

Tiada ulasan: