KYD

KYD
KYD

WELCOME

Green Hornet

Selasa, 28 September 2010

Rooney dituduh hipokrit



ROONEY menjadi tumpuan media selepas kisah peribadinya termasuk bersama pelacur terbongkar.


LONDON - Penyerang Manchester United, Wayne Rooney telah dikritik hebat oleh bekas pengurus England, Kevin Keegan.

Menurut Keegan, penyerang England itu telah kehilangan tahap keyakinan diri selain menganggap Rooney sebagai seorang yang hipokrit.

Keegan berkata demikian selepas melihat aksi Rooney yang bergelut umtuk mengembalikan prestasi terbaiknya sehinggalah dikeluarkan pada minit ke-61 ketika United seri 2-2 dengan Bolton kelmarin.

"United pada ketika ini boleh dianggap tanpa kelibat Rooney. Dia cukup berbeza musim ini. Aksinya ketika menentang Bolton ini telah menunjukkan bahawa tahap keyakinannya sudah hilang sama sekali," kata Keegan.

Rooney kini menjadi tumpuan media seluruh dunia selepas kisah kecurangan terhadap isterinya, Coleen kerana melanggan pelacur terbongkar.

"Kamu tak boleh katakan bahawa terdapat terlalu banyak paparazzi atau terlalu banyak publisiti diberikan," jelas Keegan.

Penolong pengurus United, Mike Phelan berkata, kecederaan ringan pada buku lali Rooney menyebabkan dia terpaksa dikeluarkan dan digantikan dengan Federico Macheda selain ia juga merupakan pertukaran taktikal.

"Dia mengalami sedikit hentakan pada pergelangan kakinya. Selain itu dia juga sukar untuk menembusi pertahanan lawan dan gagal mendapatkan peluang. Jadi kami memilih untuk mengeluarkannya," kata Phelan.

Namun Rooney dijangka kembali cergas apabila United turun bertemu Valencia pada aksi Liga Juara-Juara awal pagi Khamis ini tetapi Ryan Giggs terpaksa diketepikan selama dua minggu akibat kecederaan hamstring

Tiada ulasan: