KYD

KYD
KYD

WELCOME

Green Hornet

Isnin, 3 Januari 2011

Tengku Abdullah minta Safee fikir ‘semasak-masaknya’


TIMBALAN Presiden, Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM), Tengku Abdullah Sultan Ahmad Shah menasihati Safee Sali supaya memikirkan ‘semasak-masaknya’ sebelum membuat sebarang keputusan mengenai masa depan karier bola sepaknya.
Penyerang Selangor, Safee dilamar empat kelab luar negara selepas beraksi cemerlang membantu Malaysia menamatkan kemarau 14 tahun dengan menjuarai Piala Suzuki AFF 2010.
Di antara empat kelab yang berminat ke atas penyerang berusia 26 tahun itu, tiga daripadanya ialah kelab dari Indonesia manakala satu lagi kelab dari Vietnam.
Tengku Abdullah menjelaskan bahawa FAM tidak menghalang mana-mana pemain Malaysia untuk berhijrah bagi menyertai saingan liga negara lain, namun jelas baginda, biarlah kelab atau liga tersebut terbukti lebih bagus dan kompetitif daripada saingan Liga Malaysia (Liga M).
“FAM tidak akan mengha- lang mana-mana pemain dari Malaysia menyertai atau berhijrah ke kelab atau liga di luar negara,” kata Tengku Abdullah ketika ditemui selepas mempengerusikan mesyuarat Jawatankuasa Eksekutif FAM semalam.
“Terpulang kepada pemain itu sendiri yang menentukannya. Tetapi kalau boleh biarlah kelab atau liga yang dipilih itu lebih bagus atau kompetitif lagi daripada Liga M. Kalau tidak, tiada guna pemain itu pergi jika ia hanya kerana wang dan bukan demi kariernya sendiri.
“Oleh itu, saya harap Safee memikirkan dulu semua perkara sebelum membuat keputusan.
“Jangan pula pilihan yang dibuatnya ini akan merugikan masa depannya dan juga negara,” ujar baginda lagi.
Safee ketika ini menyertai skuad Selangor menjalani latihan dan beberapa siri perlawanan ujian pra musim di Perth, Australia hingga 9 Januari ini.
Sementara itu, mengenai imbuhan kepada pemain skuad Malaysia yang membawa pulang Piala Suzuki AFF buat kali pertama setelah menewaskan Indonesia 4-2 menerusi agregat, Tengku Abdullah berkata, ia akan diumumkan oleh Presiden FAM sendiri, Sultan Ahmad Shah pertengahan bulan ini.
“Saya rasa lebih baik kita jangan fikir sangat tentang ganjaran atau imbuhan kepada pemain negara ini. Kita tidak boleh terlalu teruja dengan kejayaan ini,” jelas Tengku Abdullah.
“Bagaimanapun, FAM akan tetap memberi ganjaran kepada pemain negara, cuma masih belum pasti bila- kah masa untuk mengumumkannya.
“Semua ini terpulang kepada presiden sendiri untuk menentukannya dan saya rasa mungkin pada pertengahan bulan ini Presiden FAM akan umumkan,” tambah baginda lagi.

Tiada ulasan: