KYD

KYD
KYD

WELCOME

Green Hornet

Ahad, 20 Februari 2011

Ancelotti tak salahkan Torres


TORRES masih belumdapat menyesuaikan diri dengan gaya permainan di Stamford Bridge.


LONDON - Carlo Ancelotti menegaskan bahawa Fernando Torres tidak akan dipersalahkan atas kemarau gol yang melanda Chelsea ketika ini.
Juara bertahan Liga Perdana England itu masih belum meledak sebarang gol sejak perpindahan Torres ke kelab mereka dengan rekod £50 juta (RM247 juta).
Bintang Sepanyol itu juga terpaksa dikeluarkan ketika perlawanan menentang bekas kelabnya, Liverpool dan Fulham.
Sebelum ketibaan Torres, The Blues telah menjaringkan 18 gol dalam lima perlawanan, namun kini mereka tidak pasti bilakah kemarau jaringan ini akan berakhir.
"Bukan salah Fernando. Dia perlukan masa untuk menyesuaikan diri dan meningkatkan kombinasinya dengan pemain lain," kata Ancelotti.
"Dia bermain dengan baik selama 60 minit ketika menentang Fulham dan hanya tidak bernasib baik apabila memperoleh peluang di depan gol.
"Pergerakannya sangat bagus dan meskipun dia tidak menjaringkan gol, saya tahu dia akan melakukannya tidak lama lagi.
"Saya tidak pernah meminta penyerang saya menjaringkan gol, mungkin saya ada cakap begitu kepada Didier Drogba pada musim lepas, dia boleh meledakkan 80 gol berbanding 40 gol saja." - Agensi

Tiada ulasan: