KYD

KYD
KYD

WELCOME

Green Hornet

Sabtu, 5 Mac 2011

Drogba sedia meninggalkan Chelsea


Drogba sedia meninggalkan Chelsea jika dia tidak dimulakan menentang United.

Menurut sumber rapat Didier Drogba, dia akan berhenti di Chelsea jika digugurkan lagi bagi aksi Liga Perdana hari Selasa menentang Manchester United. 
 
Striker Ivory Coast berusia 32 tahun yang dibawa ke Chelsea oleh Jose Mourinho pada tahun 2004 telah semakin dipinggirkan sejak ketibaan pembelian bernilai £50 juta, Fernando Torres dan akan memilih kembali ke Marseille pada musim panas.
Potensi halangan kepada perpindahannya adalah yuran yang dikemukan Chelsea iaitu sebanyak £20 juta dan ketidakmampuan Marseille dalam menepati gajinya yang bernilai £130,000 seminggu.
Namun, Drogba dikatakan sangat marah akibat dipinggirkan sejak Torres tiba pada hari terakhir jendela perpindahan yang membuatkan dia kini bertekad untuk pergi.
Striker itu dikatakan mengesyaki bahawa malah jika perubahan  pengurus pada akhir musim berlaku yang mana Carlo Ancelotti dijangka berangkat, itu tidak akan membantunya kerana Torres dianggap sebagai pembelian peribadi pemilik Chelsea, Roman Abramovich

Tiada ulasan: