KYD

KYD
KYD

WELCOME

Green Hornet

Ahad, 6 Mac 2011

Torres azam akhiri kemarau jaringan





LONDON - Fernando Torres (gambar) mengakui dia harus mula meledakkan gol buat Chelsea dalam usahanya menamatkan kemarau jaringan dengan menentang Blackpool awal pagi Selasa depan.
Torres masih dilanda badi gol sejak perpindahannya dari Liverpool dan dia masih gagal menggegar jaring dalam empat perlawanan buat juara bertahan Liga Perdana England itu.
Pengurus The Blues, Carlo Ance- lotti menjelaskan selepas kejayaan 2-1 ke atas Manchester United Selasa lalu bahawa beliau tidak mahu mendesak pemain penyerangnya itu menjaringkan gol.
Namun, Torres sedar bahawa dia dibeli dengan harga £50 juta (RM246.4 juta) untuk meledakkan gol dan yakin sebaik saja berjaya menjaringkan gol pertama buat Chelsea, dia akan kembali semula dengan sentuhan jaringannya.
"Saya tahu saya harus menjaring- kan gol," kata Torres.
"Ia adalah tugas utama seorang penyerang, jadi harapnya saya dapat mejaringkan gol pertama dan selepas itu, saya jamin ia akan ber- terusan."
Torres sebelum ini menegaskan yang dia memerlukan sedikit masa untuk menyesuaikan diri di Stamford Bridge.
Penyerang Sepanyol itu mendedahkan bahawa dia masih lagi mencari rentak sebenarnya, namun percaya sudah mula mampu menyesuaikan diri dengan gaya permainan Chelsea selain meningkatkan lagi staminanya selepas dilanda kecederaan pada musim 2010.
"Saya masih cuba menyesuaikan diri di sini tetapi kecergasan saya sudah semakin bertambah bagus," kata Torres.
"Saya rasa pada pertemuan dengan Manchester United tempoh hari saya bermain dengan baik.
"Jadi saya hanya menanti jaringan pertama dan amat teruja dengan peluang atau sebarang kemungkinannya. Saya berharap saya mampu melakukannya pada perte- muan dengan Blackpool."

Tiada ulasan: