KYD

KYD
KYD

WELCOME

Green Hornet

Sabtu, 3 Julai 2010

bagaikan final pertemuan argentina VS germany malam ini

CAPE TOWN: Saingan peringkat suku akhir ibarat pentas final. Skuad Argentina bimbingan jurulatih sukar diramal, Diego Maradona dan pasukan muda Jerman yang semakin meningkat hingga kini mempamerkan permainan menarik diimpikan peminat di Piala Dunia.

Namun memori perlawanan hari ini dibelenggu dengan persengketaan. Situasi bertambah menarik apabila pemain terbaik dunia, Lionel Messi dilapor kurang sihat, kurang dari 48 jam sebelum sepak mula.

Gerakan menarik Messi dan bintang baru Jerman Mesut Ozil bagaimanapun tidak dapat memadam memori pergaduhan kedua-dua pasukan selepas penentuan sepakan penalti pada peringkat suku akhir di Jerman berakhir empat tahun lalu. Perang psikologi turut dilancar bagi menghangatkan lagi pertembungan itu yang bakal menyaksikan dua pasukan yang memiliki ramai pemain berbakat berentap.


Agak memeranjatkan apabila Jerman yang memulakan persengketaan itu. “Mereka tidak berfikir panjang, tidak boleh mengawal kemarahan dan mereka tidak boleh menerima kekalahan,” kata kapten Philipp Lahm mengenai pemain Argentina.


Pemain tengah Jerman, Bastian Schweinsteiger pula berkata, pemain Argentina tidak berubah. “Mereka tidak mempunyai perasaan hormat. Itu mentaliti dan karektor mereka dan kami perlu mengubahnya.” Bagaimanapun jurulatih Maradona mempersendakan kenyataan dilempar kepada pasukannya. “Apa yang berlaku kepada Schweinsteiger, adakah anda bimbang? katanya sambil ketawa dalam temuramah dengan Fox Sports Argentina.


“Pemain saya bersemangat untuk beraksi dan membalas dendam kekalahan 2006,” katanya.


“Saya tidak bimbang apa yang dia katakan mengenai sepakan penalti, mengenai pergaduhan itu dan mendakwa kami tidak boleh menerima kekalahan. Kami langsung tidak ambil peduli,” katanya.


Apa yang boleh mencetuskan rasa gerun kepada Argentina adalah prestasi hebat pemain perancang Oezil dan penyerang seperti Thomas Mueller dan Miroslav Klose yang mampu menimbulkan masalah yang belum pernah dialami pemain pertahanan seperti Martin Demichelis di Piala Dunia ini.


Pemain Jerman amat mengenali Demichelis, tonggak pertahanan Bayern Munich yang mara ke final Liga Juara-Juara dua bulan lalu.


Demichelis bagaimanapun berkata, dia cukup arif dengan skuad Jerman dan mengetahui cara terbaik untuk menjinakkan lawannya itu.


“Mungkin jika kami menang, mereka akan lebih menghormati kami,” kata Demichelis sambil merujuk kemenangan 1-0 dalam perlawanan persediaan sebelum ini

Tiada ulasan: