KYD

KYD
KYD

WELCOME

Green Hornet

Sabtu, 3 Julai 2010

Belanda bukti kekuatan

CAPE TOWN: Pasukan Belanda membuktikan kemampuan selaku pasukan pilihan Piala Dunia kali ini selepas mengalahkan Cameroon dan bakal bertemu Slovakia pada pusingan kedua nanti.

Pasukan bimbingan Bert van Marwijk hanya memerlukan satu mata bagi mengetuai Kumpulan E namun memperoleh tiga mata hasil jaringan Robin van Persie dan pemain gantian Klaas-Jan Huntelaar manakala gol Cameroon terhasil dari sepakan penalti Samuel Eto’o.

Mereka bakal berdepan Slovakia yang menjadi naib juara Kumpulan F yang menewaskan juara bertahan Itali, 2-2.


Pasukan Belanda turut membuktikan bahawa mereka pasukan kuat di Afrika Selatan apabila menyertai Argentina sebagai pasukan yang memenangi kesemua tiga perlawanan kumpulan, namun Van Marwijk masih tidak berpuas hati.


“Perlawanan terakhir kami tidak sebaik dua perlawanan sebelum ini. Kami menentang pasukan yang sudah terkeluar dari saingan dan tidak memberi kesan kepada mereka .


“Pada separuh masa kedua kami bermula dengan lemah dan leka. Saya menyangka Cameroon menjaringkan gol dan kami kalah, mereka berjaya menjaringkan gol dan membuatkan kami terkejut dan bangkit bagi mendapatkan gol kedua. Tempoh di mana kami leka tidak boleh berlaku lagi selepas ini,” katanya.


Jurulatih Cameroon, Paul Le Guen yang menjadi bahan cemuhan apabila pasukannya tersingkir selepas kalah tiga kali di peringkat kumpulan mengesahkan bahawa beliau akan meletak jawatan.


“Ia diputuskan sebelum ini bahawa saya akan meletak jawatan sebagai jurulatih dan kini saya meletak jawatan,” kata Le Guen sambil menambah bahawa pasukannya meninggalkan Piala Dunia dengan kecewa.


“Kami sedar bahawa kami menggalas harapan besar rakyat Cameroon namun kami gagal melaksanakannya,” katanya lagi.

Tiada ulasan: