KYD

KYD
KYD

WELCOME

Green Hornet

Jumaat, 30 Julai 2010

Pemain muda jadi sandaran United


MACHEDA diramal menjadi pemain berstatus bintang di Old Trafford musim ini.

HOUSTON - Pengurus Manchester United, Alex Ferguson yakin barisan muda pasukan itu mampu meneruskan generasi emas yang pernah dihasilkannya sebelum ini.

"Kami begitu baik dalam menghasilkan pemain muda yang penuh semangat. Ini yang sentiasa menjadi kekuatan kepada kelab ini," kata Ferguson selepas menyaksikan United menewaskan Pilihan Bintang MLS 5-2 awal pagi semalam.

Barisan asal bintang-bintang muda yang dilahirkan Ferguson termasuk David Beck- ham, Ryan Giggs, Paul Scholes dan Gary Neville yang kesemuanya berasal dari Britain.

Begitupun, skuad The Red Devils kali ini dibarisi ramai pemain muda dari luar.

Selain Jonny Evans, Tom Cleverley, Darron Gibson dan Danny Welbeck, Ferguson kini memiliki Javier Hernandez dan Federico Macheda.

Pada aksi persahabatan tersebut, Macheda meledak dua gol manakala masing-masing satu menerusi Gibson, Cleverley dan Hernandez.

Begitupun, memandangkan Liga Perdana England musim ini hanya membenarkan 25 pemain dalam sesebuah skuad, Wellbeck dan Mame Biram Diouf mungkin akan dipinjam- kan kepada pasukan lain bagi memberi mereka pengalaman.

Ferguson bagaimanapun menyatakan yang beliau tanpa ragu-ragu menjangkakan Macheda dan Hernandez akan beroleh kejayaan di Old Trafford.

"Saya mahu kekalkan Macheda dan Hernandez pula baru menyertai kelab ini. Mereka hadir bukan bersandarkan bakat tetapi ada sesuatu pada mereka ini. Mereka juga akan mendapat sesuatu di sini," jelas Ferguson.

Kelajuan Hernandez bakal menjadi aset kepada United dan Ferguson mahu menggunakan sepenuhnya kelebihan itu biarpun beliau masih belum menetapkan siapa yang bakal menjadi gandingan utama Wayne Rooney.

"Salah satu perkara yang sering dirisaukan pertahanan lawan ialah pemain yang memiliki larian pantas.

"Memang jelas jika kamu melihat jaringan Hernandez, dia menggunakan kepantasannya

Tiada ulasan: