KYD

KYD
KYD

WELCOME

Green Hornet

Jumaat, 30 Julai 2010

Beckham mungkin kembali jalani latihan penghujung Ogos

HOUSTON - Jurulatih Los Angeles (LA) Galaxy, Bruce Arena menegas- kan, David Beckham mungkin akan kembali menjalani latihan pada akhir Ogos depan.

Bekas kapten England itu mengalami kecederaan tendon Achilles pada Mac lalu dan terlepas kempen Piala Dunia 2010 di Afrika Selatan selepas melakukan pembedahan.

"Saya yakin ada peluang untuk dia kembali berlatih pada akhir Ogos nanti," kata Arena kepada pemberita selepas pasukan Pilihan Bintang MLS tewas 2-5 kepada Manchester United kelmarin.

Kempen MLS akan tamat pada akhir Oktober depan tetapi LA Galaxy yang mengetuai Wilayah Barat dijangka terlibat dalam aksi penentuan bagi menentukan gelaran juara.

Begitupun Arena berkata, masih terlalu awal untuk mengesahkan pemain berusia 35 tahun itu akan beraksi pada perlawanan penentuan itu.

"Buat masa ini sukar untuk meramal sama ada dia akan bermain tahun ini atau tidak.

"Dia mengalami kecederaan yang serius, untuk seorang atlet dalam apa juga acara sukan, pada ketika ini, kami tidak boleh meramal sama ada dia akan bermain atau tidak.

"Ada kemungkinan dia akan bermain pada akhir kempen MLS musim ini tetapi buat masa ini, sukar untuk berkata ya atau tidak," jelas Arena

Tiada ulasan: