KYD

KYD
KYD

WELCOME

Green Hornet

Isnin, 5 Julai 2010

Air mata Maradona



CAPE TOWN: Kekecewaan yang membelenggu Maradona membuatkan tingkah laku riang dipamer pada sidang media sebelum ini bertukar sugul, sambil jurulatih itu menganggap kekalahan 4-0 kepada Jerman Sabtu lalu perkara paling sukar diterima dalam hidupnya.

“Usia saya menghampiri 50 tahun 30 Oktober depan, dan ini adalah perkara paling sukar pernah saya lalui,” kata Maradona.


“Kekalahan ini bagaikan menerima tumbukan Muhammad Ali. Saya hilang kekuatan.


“Pengalaman ini lebih teruk daripada hari saya berhenti bermain bola sepak,” kata Maradona selepas Argentina menerima kekalahan paling teruk selepas kali terakhir tewas kepada Czechoslovakia 6-1 pada 1958.


Menurut Maradona, dia enggan bercakap mengenai masa depannya selepas pasukannya gagal melangkah ke separuh akhir. Mereka gagal melakukannya sejak kali terakhir 1990 di Itali, ketika itu Maradona menjadi ketua pasukan.


“Saya perlu fikir dalam-dalam mengenai masa depan. Saya mesti berbincang dengan keluarga, pemain dan ramai lagi,” kata Maradona.


Bayangan menunjukkan bahawa masa depan bekas wira Piala Dunia itu masih belum pasti dan dia berkata: “Tiada siapa menjangka ini penghujung kami, tetapi siapapun yang akan mengambil alih, mereka mesti meneruskan cara yang disenangi orang Argentina.


“Saya berterima kasih kepada pemain dan kakitangan kejurulatihan atas kerja yang mereka lakukan, itu saja. Saya tidak bercakap mengenai masa depan,” kata Maradona selepas keluar daripada bilik persalinan yang suram.


Katanya, beliau langsung tidak samngsi kemampuan pasukan tetapi Jerman ternyata lebih mantap dan pantas.


“Saya mungkin akan pergi esok, tetapi saya mahu pemain terus maju menunjukkan gaya permainan Argentina yang sebenar,” katanya.


“Saya sebagai jurulatih dan pemain bola sepak sedar bola sepak rakyat Argentina mahukan adalah gaya sebenar Argentina seperti ini, memburu jaringan, bermain dan saling bertukar posisi. Saya tidak fikir Argentina ada gaya lain untuk dipamerkan.

“Dengan pendahuluan awal, Jerman mula beroleh idea apa yang mereka tidak nampak sebelum ini,” kata Maradona.


“Kekalahan ini tidak akan meruntuhkan rasa bangga terhadap pemain kerana saya tahu keputusan ini tidak menggambarkan apa yang berlaku di atas padang. Mereka mencipta peluang, kami juga merakam beberapa peluang.” Jerman menamatkan rekod tanpa kalah 10 perlawanan Argentina di Piala Dunia selepas kali terakhir mereka tewas 1-0 kepada England pada 2002 di Jepun dan seri 1-1 dengan Jerman pada suku akhir 2006 yang menyaksikan pasukan itu tewas menerusi penentuan penalti.


Maradona mengambil alih kedudukan jurulatih pada 2008. Di bawah kendaliannya, Argentina menang 18 perlawanan dan tewas enam dan majoriti kekalahan dialami pada kempen kelayakan tahun lalu

Tiada ulasan: