KYD

KYD
KYD

WELCOME

Green Hornet

Sabtu, 7 Ogos 2010

Adebayor mahu sertai Juventus


LONDON - Penyerang Togo, Emmanuel Adebayor mahu meninggalkan Manchester City untuk menyertai Juventus.

Penyerang City berharga £25 juta (RM125 juta) itu mengharungi musim yang sukar pada penampilan sulung di Eastlands.

Kini, bekas pemain Arsenal itu memberitahu, dia sudah sedia untuk meninggalkan saingan Liga Perdana England dan meneruskan kariernya di Serie A di Itali.

Kenyataan Adebayor ini sudah pasti mengejutkan City yang menegaskan mereka tiada niat untuk menjual pemain berusia 26 tahun itu.

Begitupun, ketika City dalam usaha mendapatkan penyerang Inter Milan, Mario Balotelli untuk digandingkan bersama Carlos Tevez di jentera serangan, Adebayor sedar dia bukan lagi dalam perancangan pengurus, Roberto Mancini.

"Juventus adalah sebuah kelab hebat yang mana saya mahu beraksi bersama mereka," kata Adebayor.

"Sebelum ini saya tidak akan menerima sebarang tawaran daripada kelab lain. Saya mahu terus menyarung jersi City dan mengharungi musim yang lebih baik daripada tahun lepas.

"Tetapi kini saya sedar tidak banyak peluang untuk saya beraksi di sini, jadi saya sedang menimbang banyak tawaran yang saya terima setakat ini.

"Faktor kewangan adalah perkara penting, tetapi apabila kamu ada peluang bermain bersama sebuah kelab terbaik dunia, kamu perlu juga fikirkan perkara lain."

Dengan perjanjian ke atas Balotelli masih belum selesai, Robinho, Craig Bellamy dan Roque Santa Cruz pula mungkin akan dilepaskan, City sudah pasti tidak sanggup kehilangan Adebayor di jentera seranga

Tiada ulasan: