KYD

KYD
KYD

WELCOME

Green Hornet

Sabtu, 7 Ogos 2010

Jangan paksa saya pulang - Robinho


SAO PAULO - Robinho merayu kepada pengurus Manchester City, Roberto Mancini supaya tidak memaksa dia pulang ke Eastlands.

Penyerang Brazil itu menamatkan tempoh enam bulan pinjaman bersama Santos dengan kejayaan menewaskan Vitoria pada final Copa Brazil pada Rabu lalu.

"Hati saya di sini (Santos). Saya mahu kekal di sini tetapi saya perlu berbincang dengan City. Saya tak mahu kejayaan ini menjadi pengalaman terakhir saya bersama Santos.

"Tetapi sudah beberapa bulan saya tak bercakap dengan Mancini dan saya tak tahu apa tanggapan dia terhadap saya ketika ini.

"Saya perlu ke Manchester untuk menyakinkannya secara peribadi serta memberitahu lembaga pengarah City yang penyelesaian terbaik adalah membiarkan saya kekal bersama Santos sehingga hujung tahun ini.

"Tapi semua ini terpulang kepada mereka kerana perjanjian pinjaman ini diputuskan oleh mereka," kata Robinho.

Sementara itu, Presiden Santos, Luis Alvaro de Oliveira berkata: "Masa depan Robinho bergantung kepada City dan juga Tuhan. Tapi kami akan berusaha untuk menyambung tempoh pinjaman ini."

Robinho yang memiliki kontrak bersama City sehingga 2013 telah menjaringkan satu gol ketika Brazil tewas 1-2 kepada Belanda pada suku akhir Piala Dunia 2010 bulan lalu.

Pemain berusia 26 tahun itu dijangka akan beraksi untuk skuad kebangsaan negaranya itu pada perlawanan persahabatan menentang Amerika Syarikat di New Jersey, Selasa ini.


Tiada ulasan: