KYD

KYD
KYD

WELCOME

Green Hornet

Sabtu, 7 Ogos 2010

Owen fobia bermain di Wembley


LONDON - Penyerang Manchester United, Micheal Owen mengakui fobia untuk beraksi pada perlawanan pembuka tirai, Perisai Komuniti menentang Chelsea di Stadium Wembley malam esok.

Permukaan teruk padang di stadium itu menyebabkan dia mengalami kecederaan hamstring pada final Piala Liga musim lalu, sekali gus menamatkan aksi liga dua bulan lebih awal.

Owen kembali beraksi buat kali pertama ketika United menewaskan Pilihan Liga Airtricity 7-1 pada Rabu lalu dan dia berjaya menyumbat satu gol.

Kini, dia bakal berdepan aksi di Wembley malam esok di atas permukaan padang yang dianggap pengurus United, Alex Ferguson sesuai untuk acara pertunjukan kuda.

"Bukan saya seorang saja cedera pada perlawanan itu. Sesuatu perlu dilakukan terhadap permukaan padang ini.

"Ramai yang cedera termasuk ketika perlawanan membabitkan England beberapa hari selepas itu.

"Begitupun, saya telah ke Wembley minggu lalu dan melihat mereka sedang menambah baik padang. 10 peratus padang itu kini diletakkan rumput sintetik. Harap ia membawa kebaikan," kata Owen.

Owen, 30, yang menjaringkan gol pada final Piala Liga menentang Aston Villa itu turut memberitahu, dia begitu gembira kerana berjaya menemui sentuhan gol pada aksi persahabatan di Dublin, Rabu lalu.

"Tapi apa yang penting bagi saya ialah dapat kembali beraksi. Memang seronok dapat menjaringkan gol tetapi saya lebih berminat untuk menilai prestasi keseluruhan, tahap kecergasan dan ketajaman saya di depan gol.

"Saya telah menghabiskan banyak masa di bilik rawatan dan gimnasium. Saya rasa dapat terus berkerjasama dengan baik bersama Wayne Rooney sepanjang musim ini,

Tiada ulasan: