KYD

KYD
KYD

WELCOME

Green Hornet

Ahad, 8 Ogos 2010

Ancelotti congak strategi


LONDON - Carlo Ancelotti (gambar) ada strategi tersendiri untuk mengharungi kempen Liga Perdana England musim ini.

Pengurus Chelsea itu mahu The Blues memiliki kelebihan psikologi lebih awal daripada Manchester United dengan menewaskan pencabarnya itu pada perlawanan Perisai Komuniti di Stadium Wembley malam ini.

Musim lalu, Chelsea merangkul kejuaraan pembuka tirai bola sepak England ini selepas menundukkan United 4-1 menerusi penentuan sepakan penalti apabila mereka terikat 2-2 pada masa permainan sebenar.

Ancelotti berkata, kemenangan adalah penting untuk membina momentum menjelang saingan musim baru yang akan membuka tirainya pada 14 Ogos ini.

Selepas Chelsea memintas United dalam perebutan gelaran Liga Perdana England musim lalu, selain merangkul trofi Piala FA dan United memenangi Piala Liga, mereka hadir di Stadium Wembley dengan status juara liga domestik England.

Begitupun, status juara itu mungkin memberi sedikit tekanan kepada Ancelotti dan pengurus United, Alex Ferguson yang berhasrat untuk memenanginya sekali lagi musim ini.

"Saya fikir, ini adalah satu perlawanan penting bagi kedua-dua pasukan kerana ia dapat memberi gambaran sebenar pasukan pada awal musim dan kami ingin lihat bagaimana keadaan kami," kata Ancelotti.

"Setiap kali menentang United, tidak pernah menjadi satu perlawanan yang mudah.

"Kami mahu melakukan yang terbaik kerana United mungkin menjadi pencabar utama musim ini, seperti apa yang mereka lakukan musim lalu.

"Saya fikir, kami perlu menang kerana kami tewas banyak perlawanan pada aksi persahabatan pra musim.

"Kami tidak gembira sekiranya tewas. Kami perlu bangkit untuk mencipta kemenangan dan bermula dengan baik."

Pada aksi malam ini, tempat penyerang, Didier Drogba bakal digantikan dengan Nicolas Anelka manakala Hilario menggalas tugas Petr Cech di posisi penjaga gol.

Begitupun trio England, John Terry, Frank Lampard dan Ashley Cole akan bermain. - AFP


Tiada ulasan: