KYD

KYD
KYD

WELCOME

Green Hornet

Ahad, 8 Ogos 2010

United guna formasi 4-4-2


LONDON - Alex Ferguson bakal menggandingkan bintang baru Manchester United, Javier Hernandez dengan Wayne Rooney pada jentera serangan pasukan itu musim ini.

Musim lalu, pengurus United itu dikecam hebat kerana sering kali meletakkan Rooney berseorangan di posisi itu.

Begitupun, pada musim baru Liga Perdana England yang akan membuka tirai pada 14 Ogos ini, Ferguson dilaporkan mahu kembali menggunakan formasi 4-4-2.

Pengurus kelahiran Scotland itu optimis Hernandez yang dibawa masuk daripada kelab Mexico, Chivas dengan harga £6 juta (RM29.9 juta) itu merupakan gandingan yang ideal buat Rooney.

Bintang muda Mexico itu perlu bersaing bersama-sama tiga lagi penyerang United ketika ini iaitu Dimitar Berbatov, Michael Owen dan Federico Macheda.

Bagaimanapun, segala perancangan Ferguson bakal diketahui pada perlawanan Perisai Komuniti menentang Chelsea di Stadium Wembley malam ini.

"Kami (United) belum pernah menggunakan formasi tersebut (4-4-2) tetapi ia telah dilakukan pada musim-musim sebelum ini.

"Namun, itu tidak bermakna saya akan menggunakan formasi tersebut dalam perlawanan setiap minggu kerana ia bakal bergantung kepada situasi dan pihak lawan yang kami hadapi.

"Hernandez merupakan seorang pemain yang bijak dan dia memiliki skil individu yang tinggi serta mempunyai ketabahan dalam mengharungi setiap perlawanan.

"Liga Mexico juga tidak kurang hebatnya dan bagi saya Hernadez tidak akan berdepan sebarang masalah untuk menyesuaikan diri beraksi dalam saingan liga di sini (England)," jelas Ferguson.

Ditanya mengenai pemain-pemain baru yang bakal dibawa masuk ke Old Trafford dalam masa terdekat ini, Ferguon menjawab: "Saya tidak mempunyai perancangan ke arah itu

Tiada ulasan: