KYD

KYD
KYD

WELCOME

Green Hornet

Ahad, 8 Ogos 2010

MSS Kedah di tempat ke-17

BARISAN pemain MSS Kedah bergambar bersama penolong setiausaha Persatuan Bola Sepak Kedah, Zulkifli Che Harun (berdiri belakang, tujuh dari kiri) selepas perlawanan semalam.


MANCHESTER – MSS Kedah menamatkan kempen dengan menduduki tempat ke-17 pada Kejohanan Bola Sepak Piala Premier Nike Manchester United (MUPC) 2010.

Pada dua aksi terakhir bagi menentukan kedudukan, wakil Malaysia itu menang kedua-dua perlawanan menerusi sepakan penalti.

Pada perlawanan pertama kelmarin, mereka menewaskan wakil Korea Selatan, Ulsan Hyundai Middle School 9-8 selepas kedudukan terikat tanpa jaringan sehingga tamat perlawanan.

Sebanyak 13 sepakan diambil apabila kedudukan terus terikat 8-8 dan pemain terakhir MSS Kedah yang dipertanggungjawabkan mengambil tendangan itu, Muhamad Fitri Che Hassan menyempurnakan dengan baik untuk menghadiahkan kemenangan kepada pasukannya.

Kemenangan itu membolehkan mereka beraksi pada perlawanan penentuan bagi menentukan tempat ke-17 dan 18 dengan menentang wakil dari Turki, Bucaspor.

Mereka sekali lagi mencatat kemenangan 5-4 menerusi penentuan sepakan penalti pada perlawanan itu selepas kedudukan terikat 2-2.

Dalam dua perlawanan itu, penjaga gol, Mohd. Anis Ismail dijulang sebagai wira kerana berjaya menyelamatkan beberapa sepakan pemain lawan.

Pada penentuan penalti menentang Ulsan Hyundai Middle School, Anis menyelamatkan tiga sepakan sementara pada aksi menentang Bucaspor pula dia berjaya menghalang satu sepakan.

“Saya memang memberi konsentrasi sepenuhnya ketika penentuan sepakan penalti itu. Saya rasa bangga kerana berjaya menghalang beberapa sepakan pemain lawan.

“Malah sepanjang kejohanan ini, saya sering mengingatkan diri sendiri agar sentiasa memberikan aksi terbaik setiap kali diturunkan dalam kesebelasan utama,” katanya.

Menurutnya, meskipun ada perasaan gementar ketika turun beraksi dalam perlawanan pertama Rabu lalu, ia tetap tidak menjejaskan konsentrasi terhadap perlawanan.

“Saya memang bangga kerana muncul antara 17 pasukan terbaik di dunia pada kejohanan ini.”

Meskipun gagal untuk layak beraksi pada pusingan suku akhir, kejayaan menempatkan diri di tempat ke-17 daripada 20 pasukan yang layak ke pusingan akhir ini boleh dianggap sebagai satu kebanggaan kepada wakil negara itu yang sememangnya jarang mendapat peluang beraksi pada kejohanan kompetitif seperti ini.

Keputusan yang diraih pada penampilan sulung ini, bukan perkara pokok, tetapi apa yang lebih penting ialah pendedahan di pentas antarabangsa.

Peluang beraksi pada kejohanan ini yang melibatkan wakil dari semua benua sungguh bermakna buat pemain muda negara itu dan sudah pasti pengalaman yang mereka peroleh akan membantu mematangkan gaya permainan mereka.

“Kami memang tidak mempunyai sasaran tertentu pada kejohanan ini. Misi kami hanyalah untuk menimba pengalaman sebanyak mungkin ketika beraksi dengan pasukan-pasukan lain dari seluruh dunia.

“Kami mahu belajar, belajar bagaimana menghadapi bola sepak Eropah. Kami juga mahu menimba pengalaman dalam usaha meningkatkan lagi tahap keyakinan diri semua pemain.

“Saya juga berasa kagum dengan semangat yang dipamerkan oleh semua pemain sepanjang kejohanan ini kerana mereka telah bekerja keras untuk menyaingi lawan yang lebih ternama.

“Berdasarkan kemampuan serta prestasi yang mereka pamerkan itu, saya boleh simpulkan bahawa pemain muda kita tidak ada perasaan takut untuk berhadapan dengan sesiapa.

“Seperti yang saya katakan sebelum ini, kekurangan pemain kita hanyalah pengalaman dan pendedahan pada kejohanan kompetitif seperti in

Tiada ulasan: