KYD

KYD
KYD

WELCOME

Green Hornet

Selasa, 24 Ogos 2010

Chelsea dapat manfaat berguna


LAMPARD (dua dari kiri) meraikan jaringannya bersama rakan-rakan sepasukannya ketika menentang West Bromwich minggu lalu. Chelsea menang 6-0.


LONDON - Pengurus Chelsea, Carlo Ancelotti menganggap kegagalan England pada Piala Dunia 2010 telah memberi manfaat kepada skuad The Blues ketika ini.

Pada kempen di Afrika Selatan itu, England di bawah kendalian Fabio Capello gagal untuk beraksi pada tahap sebenar mereka sehingga tersingkir seawal pusingan kedua.

Namun, tiga tonggak utama Chelsea yang membarisi England, John Terry, Frank Lampard dan Ashley Cole kini dilihat berada pada prestasi terbaik mereka.

Malah mereka juga dianggap sebagai penggerak utama terhadap kejayaan Chelsea yang mencatatkan dua kemenangan bergaya dalam aksi awal Liga Perdana England musim ini.

Ketika ini, anak-anak buah Ancelotti menduduki tangga teratas liga dengan enam mata dan merekodkan 12 jari- ngan hasil daripada dua kemenangan tersebut.

Jelas Ancelotti, ketiga-tiga pemain tersebut sememangnya terdesak bagi membukti- kan bahawa mereka mampu beraksi dengan lebih baik jika dibandingkan pada kempen Piala Dunia lalu.

"Saya rasa pemain-pemain England telah mendapat pengajaran ekoran kegagalan pada kempen Piala Dunia yang lalu, sekali gus memberikan mereka semangat untuk beraksi dengan lebih cemerlang.

"Kesemua mereka (pemain England) pulang dengan motivasi yang begitu tinggi.

"Pemain-pemain seperti Terry, Lampard dan Cole telah mempamerkan prestasi sebenar mereka ketika ini," jelasnya.

Ditanya sama ada kegagalan England pada Piala Dunia yang lalu memberikan kelebi- han buat skuad bimbingannya itu, Ancelotti berkata: "Saya fikir ada.

"Rehat yang cukup diperlukan oleh pemain-pemain selepas beraksi pada kempen Piala Dunia kerana mereka terlebih dahulu telah mengharungi jadual yang padat dalam saingan liga musim lalu." - Agensi

Tiada ulasan: