KYD

KYD
KYD

WELCOME

Green Hornet

Selasa, 24 Ogos 2010

Kami belum layak - Ferguson


LONDON - Pengurus Manchester United, Alex Ferguson mengakui skuad bimbingannnya masih belum layak untuk menghuni tangga teratas Liga Perdana England.

Ia gara-gara persembahan hambar yang dipamerkan anak-anak buahnya apabila sekadar mencatatkan keputusan seri 2-2 dengan Fulham kelmarin.

Justeru, Ferguson menganggap tugas besar bakal menanti The Red Devils dalam usaha mereka merampas kembali gelaran juara yang menjadi milik Chelsea musim lalu.

Pada aksi yang berlangsung di Craven Cottage kelmarin, pemain gantian United, Nani dikatakan sebagai punca terhadap kegagalanThe Red Devils mengutip tiga mata penuh.

Ini kerana, Nani gagal menyempurnakan sepakan penalti pada minit ke-87 se- lepas United berjaya mendahului 2-1.

Sebelum itu, United memperoleh gol pembukaan hasil jaringan Paul Scholes pada minit ke-11, namun Fulham berjaya menyamakan kedudukan hasil sumbangan Simon Davies pada minit ke-57.

The Red Devils kembali berada di hadapan apabila pemain pertahanan Fulham, Brede Hangeland tertampan bola ke gawang sendiri pada minit ke-84.

Bagaimanapun, Hangeland berjaya menebus kesilapannya itu apabila menjaringkan gol penyamaan Fulham pada lewat perlawanan.

"Pada mulanya saya merasakan (Ryan) Giggs akan mengambil sepakan penalti dan saya sendiri tidak tahu mengapa Nani yang berbuat demikian.

"Saya selalu menganggap kualiti bagi tendangan penalti sangat penting dan sepakan yang diambil oleh Nani itu sangat teruk," jelas Ferguson.

Ketika ini, Chelsea gah di persada liga apabila mengutip enam mata maksimum hasil kemenangan besar ke atas West Bromwich dan Wigan Athletic.

Tiada ulasan: