KYD

KYD
KYD

WELCOME

Green Hornet

Rabu, 11 Ogos 2010

'Chelsea hanya biasa-biasa sahaja'



HERNANDEZ dianggap bintang baru United yang bakal menyinar tidak lama lagi.


LONDON - "Chelsea terlalu biasa jika dibandingkan dengan Manchester United".

Demikian komen perancang berpengalaman United, Ryan Giggs selepas membantu The Red Devils menewaskan Chelsea 3-1 pada aksi Perisai Komuniti di Stadium Wembley, Ahad lalu.

"Saya merasakan kami telah menguasai permainan pada perlawanan tersebut. Tidak dinafikan Chelsea merupakan sebuah pasukan yang baik tetapi ada suatu ketika, kami berasa aksi mereka hanya biasa-biasa sahaja.

"Ia merupakan suatu perkara yang baik apabila berjaya mencatatkan kemenangan dan itu yang kami akan kekal sepanjang saingan Liga Perdana England musim ini.

"Meskipun prestasi kami dilihat masih tidak menentu ketika perlawanan pramusim baru-baru ini, namun perla- wanan dengan Chelsea telah membuktikan kami berada pada tahap terbaik untuk memulakan saingan liga," jelas Giggs.

Pada aksi Ahad lalu, tiga gol United disumbangkan oleh Antonio Valencia pada minit ke-41, Javier Hernandez (76) dan Dimitar Berbatov (90) manakala gol tunggal Chelsea dijaringkan Salomon Kalou (83).

Sementara itu, penjaga gol United, Edwin van der Sar percaya Hernandez mampu menjadi seorang legenda di Old Trafford.

"Dia (Hernandez) kelihatan cukup mantap di bahagian serangan sejak dia menyertai kami pada siri lawatan di Amerika Syarikat lagi.

"Memang dia mempunyai bakat dan potensi yang besar. Dia akan menjadi mesin gol kami sepanjang musim ini.

"Harap ada sesuatu yang mampu dilakukannya untuk kami merampas kembali kejuaraan liga," tegas van der Sar.

United bakal melayan kunjungan Newcastle United di Old Trafford dalam aksi sulung mereka dalam saingan liga musim ini pada awal pagi Selasa depan

Tiada ulasan: