KYD

KYD
KYD

WELCOME

Green Hornet

Rabu, 11 Ogos 2010

Evra tak mahu berpisah dengan Les Bleus



EVRA (kiri) dilaporkan tidak sependapat dengan Domenech pada Piala Dunia 2010 di Afrika Selatan.


PARIS - Kapten skuad kebangsaan Perancis, Patrice Evra berkemungkinan besar tidak akan dibenarkan lagi menyarung jersi skuad Les Bleus.

Ini kerana Evra didakwa telah mengetuai pemain-pemain Perancis yang lain memboikot sesi latihan ketika kempen Piala Dunia 2010 di Afrika Selatan bulan lalu.

Tindakan Evra dan rakan-rakan sepasukannya itu gara-gara jurulatih Perancis, Raymond Domenech yang mengarahkan Nicolas Anelka pulang ke Perancis sekalipun misi skuad Les Bleus di Afrika Selatan ketika itu masih belum berakhir.

Begitupun, Evra tidak akan berse- orangan dalam menjalani hukuman tersebut kerana difahamkan, lima lagi pemain Perancis turut akan dikenakan tindakan yang sama.

Selain Evra, lima lagi pemain yang turut bakal dikenakan hukuman daripada Persekutuan Bola Sepak Perancis (FFF) ialah Anelka, Eric Abidal, Franck Ribery dan Jeremy Toulalan.

Evra menjelaskan, dia langsung tidak faham mengapa hukuman tersebut perlu dilaksanakan kerana dia masih bersemangat untuk menyarung jersi skuad kebangsaan Perancis.

"Saya sangat terkejut dengan perkara ini kerana semua pihak mahu membuka semula cerita lama ketika kempen Piala Dunia 2010.

"Kini, seharusnya kamu perlu memikirkan tentang masa depan dan bukannya mengungkit cerita lama. Saya juga tidak faham mengapa kami perlu dihukum gantung," kata Evra

Tiada ulasan: