KYD

KYD
KYD

WELCOME

Green Hornet

Selasa, 31 Ogos 2010

Crouch, Defoe dipanggil semula


LONDON - Dua penyerang Tottenham Hotspur, Peter Crouch dan Jermain Defoe (gambar) disenaraikan semula dalam skuad kebangsaan England.

Kedua-dua penyerang itu dipanggil semula untuk menghadapi aksi kelayakan Kejuaraan Eropah (Euro) 2012 menentang Bulgaria di Stadium Wem- bley, Jumaat depan.

Sebelum ini, Crouch dan Defoe gagal mendapat tempat dalam skuad bimbingan Fabio Capello ketika menewaskan Hungary 2-1 pada satu aksi persahabatan awal bulan ini.

Selain Crouch dan Defoe, Capello turut menyenaraikan dalam skuad Three Lions iaitu penyerang Manchester United, Wayne Rooney, Darren Bent (Sunderland) dan Carlton Cole (West Ham United).

Sementara itu, nasib malang menimpa dua lagi tonggak Spurs, Aaron Lennon dan Tom Huddlestone apabila Capello secara mengejut tidak menyenaraikan kedua-dua pemain tersebut.

Ketiadaan Huddlestone dalam skuad kendalian Capello kali ini memang menimbulkan pelbagai persoalan.

Ini kerana pemain itu dikatakan mampu mengganti- kan Frank Lampard yang tidak disenaraikan ekoran masalah kecederaan.

Tidak cukup dengan itu, Capello hadir bagi menyaksikan sendiri aksi menakjubkan yang dipamerkan Hudlsetone ketika Spurs menentang Young Boys dalam saingan kelayakan Liga Juara-Juara minggu lalu.

Dalam pada itu, Lennon yang membarisi skuad England pada kempen Piala Dunia 2010 bulan lalu turut menerima nasib yang sama.

Terdahulu, pemain sayap Spurs itu tidak disenaraikan ketika aksi persahabatan dengan Hungary awal bulan ini, namun dikatakan akan kembali memperkuatkan jentera serangan England untuk aksi menentang Bulgaria.

Tiada ulasan: