KYD

KYD
KYD

WELCOME

Green Hornet

Selasa, 31 Ogos 2010

Milan bermula langkah kanan


IBRAHIMOVIC diperkenalkan kepada para peminat Milan buat pertama kalinya di Stadium San Siro kelmarin.


ROM - AC Milan membela- sah Lecce 4-0 untuk memulakan kempen Serie A musim ini dengan langkah kanan kelmarin.

Lebih menarik, kelab gergasi Itali itu turut memperkenalkan pemain baru mereka, Zlatan Ibrahimovic kepada penonton di San Siro.

Alexandre Pato meledakkan dua gol sebelum Thiago Silva dan pemain gantian, Filippo Inzaghi melengkapkan kejayaan Milan itu hasil jaringan yang ke-154 dalam saingan Serie A.

Setelah melengkapkan perpindahannya dari Barcelona kelmarin, Ibrahimovic masuk ke padang dengan berjalan di atas karpet merah pada waktu rehat permainan.

Dia lantas memberitahu penonton di San Siro: "Saya datang ke sini untuk menang. Tahun ini kita akan memenangi sebanyak mungkin kejuaraan."

Jurulatih baru Milan, Massimiliano Allegri mengakui, kehadiran Ibrahimovic telah memberi satu suntikan semangat baru kepada pasukan itu.

"Amat penting untuk memulakan musim ini dengan kemenangan walaupun ke atas pendatang baru Serie A ini," kata Allegri.

"Ia suatu permainan yang baik. Pemain masih belum cergas sepenuhnya tetapi pada tahap ini ia sesuatu yang biasa."

Ibrahimovic dijangka membuat penampilan sulung untuk Milan dalam masa dua minggu lagi apabila menentang Cesena.

Dengan kehadiran Pato, Ronaldinho, Marco Borriello dan Inzaghi di posisi sera- ngan, Allegri mungkin berdepan tugas sukar untuk memilih pemain mana yang perlu diketepikan bagi memberi ruang kepada penyerang Sweden itu.

"Saya ada masa 14 hari untuk memikirkan mengenainya," kata Allegri.

Perlawanan lain dalam Serie A pula menyaksikan Juventus tumpas 0-1 kepada Bari hasil jaringan Massimo Donati.

Manakala Napoli dan Fiorentina seri 1-1 dan Samp- doria menewaskan Lazio 2-0

Tiada ulasan: