KYD

KYD
KYD

WELCOME

Green Hornet

Isnin, 30 Ogos 2010

Klinsmann calon bos Villa


LONDON - Jurgen Klinsmann menjadi calon utama untuk menggantikan pengendali sementara Kevin MacDonald di Aston Villa.

Jurulatih skuad simpanan, MacDonald diberi tugas sementara membimbing Villa selepas ketiadaan Martin O'Neill dan pertemuannya dengan Everton semalam dilaporkan menjadi tugasan terakhirnya.

Kegagalan dalam kelayakan Liga Europa, Khamis lalu diikuti kekalahan memalukan 0-6 kepada Newcastle telah memaksa pemiliknya, Randy Lerner mencari individu yang sesuai untuk membimbing Villa.

Klinsmann yang berjaya melakukan revolusi dalam bola sepak Jerman dengan membawa pemain muda ke dalam skuad kebangsaannya ketika Piala Dunia 2006, dilihat calon berprofil tinggi yang sesuai buat Lerner.

Klinsmann, 46, yang membuat 108 penampilan buat Jerman, baru saja membawa keluarganya berpindah ke California selepas dipecat sebagai jurulatih Bayern Munich, namun pernah menjelaskan bahawa dia masih berminat untuk mencuba nasib di England.

Kata Klinsmann: "Kelab yang saya pergi selepas ini perlu mempunyai suasana gembira seperti yang saya mahukan.

"Saya mahu berada dalam satu persekitaran yang boleh menerima falsa- fah saya iaitu corak permainan menyerang dalam bola sepak.

"Itu saja cara yang saya fikirkan dan begitu juga cara saya membentuk skuad Jerman pada Piala Dunia 2006.

"Sepanjang waktu itu, taktik saya telah dikritik hebat tetapi kemudian mereka akhirnya terima juga.

"Sebab itu saya agak memilih. Saya perlu ada kesesuaian dengan sesebuah kelab itu

Tiada ulasan: