KYD

KYD
KYD

WELCOME

Green Hornet

Isnin, 9 Ogos 2010

Skuad England dirombak





LONDON - Fabio Capello (gambar) dalam proses membina semula skuad bola sepak kebangsaan England selepas kegagalan pada kempen Piala Dunia 2010 di Afrika Selatan, Jun lalu.

Selain mengetepikan separuh daripada barisan pemain, Capello turut memanggil dua pemain muda, Jack Wilshere dan Kieran Gibbs untuk menghadapi aksi persahabatan menentang Hunga- ry, Rabu ini.

Turut dipanggil menyertai skuad England kali pertama ialah pemain berusia 29 tahun, Bobby Zamora yang bermain di posisi penyerang di Fulham.

Begitupun, pengurus England tersebut tetap bimbang mereka akan diejek pada aksi di Stadium Wembley itu biarpun hanya 10 daripada 23 pemain dari skuad Piala Dunia akan turun beraksi nanti.

"Saya faham perasaan penyokong. Saya juga rasakan yang mereka boleh mengejek pasukan ini tetapi kami sebenarnya sangat memerlukan sokongan padu mereka.

"Mereka yakin dengan pasukan ini tetapi kejayaan gagal dicapai ," jelas Capello.

Daripada 13 pemain yang digugurkan itu, hanya Emile Heskey yang telah mengumumkan persaraan pada peringkat antarabangsa manakala Jermain Defoe dan Michael Carrick kini cedera.

Dua penjaga gol yang digugurkan ialah David James, 40, yang beraksi dalam tiga daripada empat perlawanan Piala Dunia serta Robert Green yang melakukan kesilapan bodoh pada aksi sulung menentang Amerika Syarikat.

Kini yang tinggal hanya Joe Hart, disertai Paul Robinson dan penjaga gol Manchester United yang baru berhijrah ke Birmingham, Ben Foster.

Tatkala Gibbs, pemain pertaha- nan kiri Arsenal berusia 20 tahun disenaraikan untuk berguru dengan Ashley Cole, nasib berbeza dialami Matthew Upson, Jamie Carragher, Ledley King dan Ste- phen Warnock yang disisihkan kali ini.

Wes Brown dan Phil Jagielka dipanggil semula manakala Gary Cahill memburu penampilan sulung bersama skuad England.

Turut disenaraikan, Adam Johnson dan Theo Walcott untuk mengganti- kan tempat Shaun Wright-Phillips dan Aaron Lennon.

Di bahagian serangan, tiada tempat buat Peter Crouch kerana Capello kembali mempertaruhkan Carlton Cole, Darren Bent, Zamora dan Wayne Rooney.

Tiada ulasan: