KYD

KYD
KYD

WELCOME

Green Hornet

Isnin, 9 Ogos 2010

Mancini tidak mahu membazir


MANCINI (belakang) bersama empat pemain baru yang dibeli city musim ini iaitu (dari kiri) Aleksandar Kolarov, David Silva, Yaya Toure dan Jerome Boateng.


LONDON - Roberto Mancini berjanji tidak akan berbelanja melebihi £130 juta (RM650 juta) selepas hampir berjaya membawa dua lagi pemain baru di Manchester City.

David Silva, Jerome Boateng, Yaya Toure dan Aleksandar Kolarov yang semuanya dibeli dengan jumlah keseluruhan £80 juta (RM400 juta), beraksi dengan cemerlang ketika City mengalahkan Valencia 2-0 dalam aksi pramusim kelmarin hasil jaringan Gareth Barry dan Jo.

Mancini mendedahkan City bakal melengkapkan perjanjian ke atas pemain Aston Villa, James Milner dan penyerang Inter Milan, Mario Balotelli sebelum aksi pembuka tirai Liga Perdana England menentang Tottenham Sabtu depan.

Mancini berkata: "Saya rasa kami akan berjaya mendapatkan Milner dan Balotelli. Amat sukar ketika ini kerana pemain ada tugasan antarabangsa tetapi saya harap kami dapat membawa kedua-duanya pada Khamis ini.

"Tetapi sekarang kami perlu memberi tumpuan terhadap pertemuan dengan Tottenham, jadi kami kena tunggu dan lihat."

Perjanjian berharga £25 juta (RM120 juta) ke atas Milner bakal menyaksikan Stephen Ireland berpindah ke Villa Park dengan harga £10 juta (RM50 juta).

Baki £27 juta (RM135 juta) lagi akan dibelanjakan ke atas penyerang muda Itali, Balotelli di mana Inter kini sudah sedia melepaskannya.

City kini mempunyai skuad paling ramai dan ini menyebabkan Mancini pening kepala kerana dia perlu menyenaraikan 25 pemain dalam skuadnya mengikut peraturan baru Liga Perdana England.

Ireland hampir pasti diketepi- kan dan nasib sama turut bakal menimpa Nedum Onuoha, Craig Bellamy, Roque Santa Cruz, Shaun Wright-Phillips dan mungkin juga Jo

Tiada ulasan: