KYD

KYD
KYD

WELCOME

Green Hornet

Isnin, 2 Ogos 2010

United tak perlu pemain berstatus bintang

LONDON - Ryan Giggs menegaskan, Manchester United tidak perlu mengharapkan pemain baru untuk merampas kembali gelaran Liga Perdana England musim ini.

Berbanding jiran setempat, Manchester City, United hanya melabur £20 juta (RM100 juta) pada musim panas ini dengan membawa Chris Smalling dan Javier Hernandez.

Sebaliknya, David Silva, Yaya Toure, Jerome Boateng dan Aleksander Kolarov berpindah ke Eastlands.

Manakala kegagalan The Red Devils membeli pemain bertaraf bintang pula telah mengecewakan penyokong mereka.

Begitupun, pemain veteran, Giggs percaya United masih mampu bergelar juara liga buat kali ke-19 musim ini biarpun tanpa kehadiran pemain bergelar bintang.

Giggs, 36, berkata: "Kami tidak perlukan seorang pemain berstatus bintang sebelum tarikh tutup musim perpindahan.

"Kami masih dalam keadaan baik ketika ini. Kualiti pemain yang kami ada sekarang masih cukup bagus. Pemain kami yang cedera juga sudah kembali pulih.

"Kami mempunyai pemain muda yang dipinjamkan ke luar dan pulang semula dengan lebih matang, lebih bagus serta akan memberi faedah kepada kelab."

United mempunyai beberapa pemain muda seperti Jonny Evans, Fabio dan Rafael Da Silva, Darron Gibson, Nani, Federico Macheda, Danny Welbeck serta pemain baru, Smalling.

Javier Hernandez, seorang lagi pemain muda yang dibeli The Red Devils, beraksi cemerlang dengan menjaringkan satu gol ketika United tewas 2-3 kepada Guadalajara Chivas pada aksi jelajah pramusim.

Giggs berkata: "Hernandez adalah pemain yang berbakat. Dia mempunyai kualiti tersendiri tetapi masih banyak yang perlu dipelajari

Tiada ulasan: