KYD

KYD
KYD

WELCOME

Green Hornet

Isnin, 2 Ogos 2010

Rooney belum pasti beraksi

LONDON - Penyerang Manchester United, Wayne Rooney belum pasti akan beraksi untuk England pada aksi persahabatan menentang Hungary di Stadium Wembley, 11 Ogos ini.

Jurulatih England, Fabio Capello dan pembantunya, Franco Baldini akan duduk semeja sebelum memutuskan sama ada akan menurunkan penyerang sensasi itu atau sebaliknya.

Rooney dilihat masih belum cergas sepenuhnya selepas kempen Piala Dunia 2010 di Afrika Selatan bulan lalu.

Begitupun, Rooney bakal berjumpa dengan pengurus United, Alex Ferguson hari ini untuk memberitahu yang dia telah bersedia untuk kembali beraksi selepas lima hari menjalani latihan intensif bersama pemain United yang berada dalam skuad Piala Dunia lalu.

Jurulatih kecergasan United, Tony Strudwick meninggalkan jelajah pramusim kelab itu di Amerika Utara dan pulang bagi memastikan Rooney, Mi- chael Carrick, Nemanja Vidic, Patrice Evra dan Ji-sung Park kembali ke tahap sebenar mereka.

Kesemua enam pemain itu akan diturunkan pada aksi persahabatan dengan Pilihan Bintang Liga Ireland di Dublin serta perlawanan Piala Perisai Komuniti menentang juara Chelsea di Stadium Wembley, Ahad ini.

Namun, aksi persahabatan England itu yang menjadi perhatian Capello dan Persatuan Bola Sepak (FA) England.

Capello mahu membentuk semula skuadnya bagi cabaran masa depan berikutan kegagalan di Piala Dunia dan mengharapkan Rooney, 24, memainkan peranan utama dalam era baru skuad tersebut.

FA England bagaimanapun mahu melihat Rooney beraksi di Stadium Wembley memandangkan 25,000 baki tiket masih belum terjual

Tiada ulasan: