KYD

KYD
KYD

WELCOME

Green Hornet

Rabu, 22 September 2010

Amaran buat City, Arsenal


MALOUDA (kiri) bersama rakan-rakan sepasukannya meraikan kejayaan membenam Blackpool 4-0 di Stamford Bridge kelmarin.


LONDON - Pemain sayap Chelsea, Florent Malouda mula memberi amaran kepada Manchester City dan Arsenal.

Ini kerana, Malouda percaya kedua-dua kelab tersebut bakal menjadi mangsa Chelsea yang seterusnya.

Skuad kendalian Carlo Ancelotti itu ternyata berada dalam kelas tersendiri apabila memulakan saingan Liga Perdana England musim ini dengan mencipta lima kemenangan berturut-turut dan merekodkan 21 gol.

Terbaru, Chelsea berjaya mencatatkan kemenangan bergaya 4-0 ke atas Blackpool di Stamford Bridge kelmarin.

Justeru, Malouda yang juga merupakan pemain sayap antarabangsa Perancis, optimis Chelsea mampu meneruskan rentak kecemerlangan mereka ketika ini.

"Banyak pihak tidak percaya kami mampu melakarkan kejayaan seperti itu kerana bagi mereka, kami hanya berdepan kelab-kelab yang lemah.

"Namun, pertemuan dengan City dan Arsenal nanti pasti akan membuktikan keupayaan sebenar kami dan menunjukkan yang kami sentia- sa bersedia untuk berdepan dengan mana-mana sekalipun.

"Ia sekali gus bakal membuktikan betapa kami sememangnya berhak muncul selaku juara liga musim lalu dan sudah pasti kami akan memper- tahankan kejuaraan tersebut," jelas Malouda.

Chelsea dijadual berdepan City di Stadium of Manchester, Sabtu ini sebelum melayan kunjungan Arsenal di Stamford Bridge pada 3 Oktober depan

Tiada ulasan: