KYD

KYD
KYD

WELCOME

Green Hornet

Ahad, 19 September 2010

Chelsea paling sempurna


LONDON - Pengurus Chelsea, Carlo Ancelotti (gambar) yakin Chelsea adalah pasukan yang paling sempurna dalam saingan Liga Perdana England musim ini.

Ancelotti membuat kenyataan itu berdasarkan kejayaan yang dicatat skuad The Blues pada awal saingan kempen liga domestik itu.

Juara Liga Perdana England itu akan melayan kunjungan Blackpool malam ini selepas memenangi kesemua lima perlawanan setakat ini.

Ancelotti pastinya berhajat meneruskan rekod bersih mereka itu ke atas skuad kendalian Ian Holloway setelah menewaskan Zilina 4-1 dalam kempen Liga Juara-Juara, Khamis lalu.

"Kamu harus menggunakan corak permainan yang sesuai dengan pemain yang kamu miliki dan kami memang mempunyai pemain yang berkebolehan untuk menjaringkan gol," kata Ancelotti.

"Kami perlu mempamerkan permainan yang sesuai di atas padang bagi menggunakan segala kelebihan dalam kualiti pasukan ini.

"Keseimbangan adalah penting dalam bola sepak. Jika kamu ada pemain berkemahiran dan berkebolehan, kamu mampu menunjukkan keseimbangan ini.

"Kamu kena cari keseimbangan tersebut iaitu kemampuan dalam menyerang dan bertahan."

Pemain perancang, Frank Lampard masih lagi belum pulih dari pembedahan pangkal paha dan tidak aakn diturunkan manakala pertahanan, Jose Bosingwa juga turut diketepikan.

Penyerang Didier Drogba pula digantung perlawanan tetapi Ashley Cole, Ramires, Paulo Ferreira dan Salomon Kalou dijangka kembali diturunkan dalam skuad utama.

"Blackpool adalah pasukan yang bagus dan telah menang dua perlawanan di gelanggang lawan. Mereka menunjukkan kesungguhan yang baik dalam saingan liga.

"Kami perlu memberi perhatian terhadap mereka. Prestasi kami sangat baik sekarang dan saya mahu kami meneruskannya," katanya.

Tiada ulasan: